Lain daripada yang lain, Banyak Bagus Festival (BBF) berjaya menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dalam sebuah festival muzik di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines bermula hari ini.
Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment David Chua Boon Ghee, dia berminat untuk mengadakan acara itu selepas berjaya membawa beberapa artis dari Malaysia menjayakan konsert di luar negara.
“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik serta membawa artis Malaysia ke luar negara, saya nampak ada banyak potensi membabitkan artis dari Asia.
“Saya pernah menganjurkan konsert artis Thailand di sana. Kebanyakan pembeli tiket adalah penonton Muslim dan mereka hafal kesemua lagu mereka.
“Jadi saya nampak potensi yang besar untuk penyanyi dari Asia mengembangkan bakat mereka sekali gus memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari empat negara di bawah satu pentas,” katanya.
David berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media BBF di Palm Garden Hotel Putrajaya, pada Sabtu.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi tanah air yang akan membuat persembahan untuk dua hari konsert terbabit berlangsung ialah Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno dan Insomniacks.
Artis Thailand pula diwakili Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYKN, 4EVE, dan Atlas manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben dan Zack Tabudlo.
Ads
Sementara itu, Lyodra dan Fabio Asher mewakili artis dari Indonesia.
David turut menambah, kesemua artis yang membuat persembahan di BBF adalah nama-nama yang besar dan popular di negara masing-masing.
“Artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi juga merentas sempadan.
Ads
“Pemilihan mereka juga dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik yang kami buat di media sosial,” katanya lagi.
Menurutnya, tiket festival BBF 2024 habis terjual dan kira-kira 3,000 peminat bakal memeriahkan acara itu.
BBF 2024 yang bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula hari ini dan esok.
Konsert ini dibawakan khas oleh Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi salah seorang tetamu menerusi segmen Johara Pagi Era baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi cerita mengenai kehidupannya pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki minggu ketiga penguatkuasaan.
Di samping itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP antara lain turut berkongsi mengenai perancangan terkininya dalam melebarkan sayap seni di Indonesia.
Bagaimanapun, hal tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain atas situasi terkini yang melanda ketika ini.
“Sepatutnya bulan ini sudah mulai penggambaran filem, projek pertama saya.
“Selepas itu, rasanya ia tak akan terjadi dalam masa terdekat,” jelasnya.
Paling mencuri tumpuan, segmen yang dikenalikan Ray dan Haniff itu sempat bercerita mengenai majlis kahwin dan ia turut disambut usahawan asal Kelantan itu.
“Kan diaorang suruh cancel semua wedding semua event, i baru nak kahwin,” seloroh Neelofa selepas ditanya sama ada mahu kahwin atau sebaliknya.
“Neelofa @neelofa kata baru nak kahwin tapi kena cancel plan dia sebab #Covid19. Cantik Neelofa walaupun #dudukrumah, siap bersiap lagi nak video call dengan #JoHaRa.
“Korang tengok part last Johan cakap Itali tu, pecah wei #sharERA #kekaltenang #hapusCovid19,” tulis admin pada kapsyen IG TV yang dilampirkan pula.
Pada masa sama, Neelofa turut merakamkan rasa teruja apabila program ‘Live IG’ kendaliannya, #BerseoranganBersama bakal disertai seorang pereka fesyen ternama dunia untuk berkongsi situasi serta perkembangan fesyen semasa tidak lama lagi.
Video: Instagram Era.je
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan bulan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, kibaran Jalur Gemilang kini semakin menghiasi jalan raya, bagunan, permis dan sekolah.
Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi perasannya sebagai 'anak Malaysia' yang sudah merdeka dan bebas dari berlakunya pertumpahan darah.
"Bendera sesebuah negara ibarat maruah dan perjuangan yg dibayar dgn darah dan keringat org terdahulu, ya aku tau bendera ni hanya berharga 4.99 sen sahaja boleh dapat di kedai tepi jalan, tetapi apakah nilainya hari ini kalau tidak ada darah yg mengalir dan jasad pejuang negara gugur untuk kecapi keberadaan Malaysia hari ini.
"Malaysia hari ini maju, bebas berbicara dan mempersoalkan sesuatu isu tanpa rasa gentar kerana tiada ISA," tulis pelakon filem Juvana itu.
Malah, Sharnaaz juga menjelaskan maksud disebalik warna Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna berbeza iaitu merah, putih, kuning dan biru.
"Tapi sedarlah wahai seluruh rakyat Malaysia, setiap maksud didalam bendera malaysia sungguh menyeluruh dan tepat, jika satu daripadanya diusik dan cubaan ancaman, keamanaan negara sgt dalam bahaya.
"Seruan ini buat kerajaan yg disayangi, kami sayang Malaysia, kami taknak pertumpahan darah.. tetapi jika anda tidak mengambil langkah sebaiknya, pasti gugur bendera ini dan perjuangan org terdahulu.
"Fikirlah wahai kerajaan ku sayang.. tolong repost msg ini biar sampai ke majlis tertinggi kerajaan Malaysia.. ikhlas dari anak melayu yg hidup aman damai selama 34 tahun," tulisnya lagi.
Sharnaaz bertindak berkongsi sedemikian kerana pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di beberapa buah lokasi baru-baru ini.
Bagaimanapun, isu tersebut sudah selesai apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyiasat bahawa tiada tujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di lokasi berkenaan.
Sebaliknya, ia adalah kesilapan yang jujur dan dipasang oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Anas Zahrin memuat naik video belakang tabir pembikinan klip promosi mascara “wudhu friendly” yang mengangkat bintang cantik itu sebagai wajah utama produk terkini Anas.
Dalam klip ini, Che Ta menyanyi secara miming lagu Bisakah oleh Siti Nurhaliza. Mood sedih bertukar menjadi lucu melihat aksi Anas memberi arahan kepada Zain Saidin ini.
“HAHAHAHHA! Di sebalik tabir – haihhh kelakar lahhhhh si @rozitachewan1 ni. Hahahah! Yang cikgu pun kuat membebel. Boleh arwah pelakon kalau macam ni kene direct. Hahahah, orang tu barulah nak nangis ambik mood terus potong stim. Haha
“Korang ada tak kawan kawan yang nyanyi tapi suara kelaut tapi confident level dia 1000% hahah! TAG LEKAIHHH.”
Menurut Anas, pelakon jelita ini amat professional ketika di set dan senang mendengar arahan yang diberi. Hasilnya, sudah tentu meletup. Tak sabar nak tonton!
Foto – Instagram Anas Zahrin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!