Diberi Peluang Baca Ikrar Di Hari Kebangsaan, Elizad Sharifuddin Luah Rasa Bangga!

Share

Pelakon Siti Elizad Shariuddin atau dikenali sebagai Elizad Sharifuddin ada berkongsi berita gembira bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Elizad memaklumkan bahawa dia telah diberi peluang untuk membaca ikrar bersempena sambutan hari kebangsaan Malaysia yang ke-62 berlangsung di Putrajaya.

“Best moment ever ! Tahun ni diberi peluang utk , bacaan ikrar negara di Hari Kebangsaan yg ke62 tahun.

“Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira dan bangga dengan kejayaan pelakon berusia 35 tahun itu. 

Bukan semua orang berpeluang diberi kepercayaan untuk melakukan perkara sedemikian. Tahniah Elizad!

Foto : Instagram Elizad Sharifuddin

Published by
Nazar Rafiqhi