Pelakon jelita, Aprena Manrose menzahirkan rasa syukur yang tidak tertingga selepas dia dan suami diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Mekah buat pertama kalinya.
Jelas Aprena, dia dan suami sudah pun berada di Madinah sejak empat hari yang lalu dan mereka dijangka akan berangkat ke Mekah, hari ini.
Katanya lagi, meskipun negara ketika ini sedang dilanda musibah yang agak besar, namun dia berharap agar mereka yang terkesan dapat terus bersabar kerana dia percaya Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Assalamualaikum my dearest followers. Saya sudah berada di Madinah selama empat hari dan akan ke Makkah esok, InsyaAllah.
“Doakan saya, suami dan keluarga saya dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Ini adalah kali pertama saya ke sini setelah lama menanti.
“Alhamdulillah syukur ya Allah kerana diberi kesempatan ini dalam keadaan covid dan banjir. Percayalah pasti akan ada ganjaran yang hebat dari Allah pada orang yang bersabar dan terus solat,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Aprena turut membuat permohonan maaf seandainya dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Malah, dia juga membuka ruangan komennya buat para peminat untuk menitipkan doa untuk dibacakan ketika di hadapan Kaabah nanti.
Ads
“Minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut jika saya ada mengguriskan hati sesiapa sahaja yang mengenali saya.
“Sila bagi doa kalian dibawah, InsyaAllah mana yang sempat saya doakan ya. InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala Aprena dan suami sewaktu di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan
Ads
“Semoga dipermudahkan baby. Take care. Stay safe. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” komen Ayu Raudhah.
“MashaAllah, bestnya dapat pergi. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” balas Fatin Afeefa.
“Somoga Allah permudahkan urusan umrah serta semua ibadah di sana. Doakan Pak Su ye,” kata Shamsul Ghau Ghau.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan di sana. Doakan Malaysia dan rakyatnya selamat daripada segala bala bencana,” kata seorang netizen.
Sekadar informasi, Aprena dan suaminya, Mohd Afiq Hamzah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 November 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terharu dengan reaksi yang diberikan oleh seorang individu yang memuji video-videonya bersama ibunya yang dimuat naik di laman YouTube.
Menurut individu berkenaan, kesemua video-video yang dikongsikan oleh Nubhan telah menyedarkan dirinya untuk lebih menghargai ibunya selepas ini.
Menurut Nubhan, dia juga berharap agar perasaan yang sama turut dirasai oleh lebih ramai orang-orang di luar sana.
“Allahuakbar. Tak sangka video-video saya dengan mak mendapat respond yang sungguh touching.
“Mak sangat berharga buat saya. Saya harap dapat membuka mata lebih ramai di luar sana untuk sentiasa menghargai mak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Nubhan turut menambah, selagi hayatnya masih ada, dia akan sentiasa mencuba untuk membahagiakan ibunya itu.
“Mak yang Allah pinjamkan buat saya tiada gantinya. Saya rasa masih besar jasa mak buat saya berbanding apa yang saya dapat berikan buatnya. I love you @omak.jenny,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Nubhan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Teruskan bagi inspirasi.
“Betul Nubhan. Saya seronok sangat tengok cara you layan mak dengan penuh kemesraan.
“Alhamdulillah, secara tidak langsung ia menjadi sumber inspirasi, menjentik hati dan membina kasih sayang yang mungkin kian lama pudar.
“Betul tu. Suka tengok senda gurau Nubhan dan ibu jenny,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain sibuk menguruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian dan keusahawanan, Nubhan juga turut aktif di platform YouTube.
Hasil pemerhatian MH, sehingga kini Nubhan telah pun memiliki lebih 70,000 subscriber di aplikasi tersebut.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Ummi Nazeera baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Mohd Khani, sekitar tiga bulan lalu.
Menerusi Majalah Mingguan Wanita edisi terbaru, bintang berusia 28 tahun itu merakam kembali detik selepas beberapa ketika malahirkan Ayra Aneesah.
Kongsi Ummi, disebabkan anaknya itu dilahirkan melalui pembedahan, pertemuan pertama keduanya hanya berlaku sekelip mata.
“Pertama kali saya berjumpa Ayra adalah di bilik bersalin. Saya menjalani pembedahan untuk melahirkan Ayra. Semasa Ayra keluar, saya tidak mendengar bayi menangis. Selepas itu, salah seorang daripada doktor bius berbisik pada saya. Dia tanya adakah saya mendengar bayi menangis. Itu anak saya.
“Ketika saya melihat wajah Ayra, saya masih dalam keadaan bius. Saya rasa syukur melihat anak selamat walaupun dilahirkan pramatang sewaktu 34 minggu. Hanya keesokan harinya barulah saya berjumpa dengan Ayra di wad NICU.
“Selama seminggu Ayra di NICU. Ayra tidak ada apa-apa masalah. Dia boleh bernafas dengan sendiri dan tidak menggunakan tabung oksigen. Beratnya pun okay, lebih kurang 2.3 kilogram.
“Kami mengambil masa lama di hospital kerana saya perlu berlatih untuk menyusu badan. Selepas berjaya dan mampu melakukan penyusuan yang betul, barulah Ayra dibenarkan balik ke rumah,” jelas Ummi seperti yang dipetik.
Kini, pasangan suami isteri itu cukup gembira dan teruja untuk menyaksikan puteri sulung membesar di depan mata.
“Sekarang ini saya suka melihat perkembangan Ayra. Saya juga banyak membaca berkaitan perkembangan bayi mengikut usia mereka. Ditambah pula suami yang juga seorang doktor rajin mencari maklumat berkaitan apa yang dilakukan oleh bayi setiap bulan.
“Daripada pemerhatian saya, Ayra ketika berusia dua bulan sudah boleh membuat ‘eye contact’. Kadang-kadang apabila ayahnya main suara, dia juga boleh ikut bunyi suara itu,” kongsi Ummi Nazeera perihal Ayra.
Jangan lupa untuk membaca temu bual penuhnya menerusi Majalah Mingguan Wanita.
Foto/Sumber: Instagram Ummi Nazeera/Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ryan Deedat tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi wanita yang juga seorang model berusia 28 tahun.
Bagaimanapun setakat ini, Ryan, 31, belum terfikir untuk memulakan perhubungan ke satu fasa yang lebih serius memandangkan masih banyak komitmen serta keutamaan lain yang perlu didahulukan.
“Saya kini sibuk mengatur semula kehidupan dan membina semula kerjaya selepas ‘senyap’ seketika selepas pemergian arwah ibu dan adik.
“Sejujurnya, saya sedang selesa berada dalam proses berkenalan. Masih awal untuk memikirkan soal perkahwinan kerana saya mahu kukuhkan dulu kewangan dan memberikan fokus terhadap kerjaya.
“Saya kumpulkan kekuatan selepas adik meninggal dunia pada Julai 2021 dan kemudian ibu pula pergi menghadap Illahi Mac tahun lalu.
“Tidak dinafikan, saya ketika itu hampir hilang kawalan diri tetapi kini saya cuba untuk bangkit semula sekaligus mahu merencana perjalanan kerjaya dengan lebih baik,” katanya.
Penyanyi lagu Salimah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama JV Craft & Gifts di Setia Alam, baru-baru ini.
Selain Ryan, majlis turut dihadiri Pengarah JV Craft & Gifts, Alvin Goh bersama Pengarah Urusan JV Craft & Gifts, Janice Mok.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai perlantikannya sebagai wajah wakilan bagi hab sehenti barangan perkahwinan JV Craft & Gifts, Ryan menganggap peluang yang hadir sebagai rezeki terpijak.
“Selepas sekian lama diam, tiba-tiba rezeki ini hadir.JV Craft & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan seperti doorgift, bunga telur, dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, aksesori rumah, reben dan lace.
“Saya sendiri tak sangka, peluang menjadi duta ini datang selepas saya mengacarakan sebuah ekspo perkahwinan tahun lalu. Mereka melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan.
“Insya-Allah, saya bakal melancarkan single raya dengan kerjasama JV Craft & Gifts berjudul Hantaran Raya tidak lama lagi, semuanya dalam perbincangan dan setakat ini progresnya sangat baik.
“Saya tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertama semenjak 13 tahun dalam dunia seni. Saya sangat bersyukur dan akan mengalas tugas sebagai duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...