Pelakon jelita, Aprena Manrose menzahirkan rasa syukur yang tidak tertingga selepas dia dan suami diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Mekah buat pertama kalinya.
Jelas Aprena, dia dan suami sudah pun berada di Madinah sejak empat hari yang lalu dan mereka dijangka akan berangkat ke Mekah, hari ini.
Katanya lagi, meskipun negara ketika ini sedang dilanda musibah yang agak besar, namun dia berharap agar mereka yang terkesan dapat terus bersabar kerana dia percaya Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Assalamualaikum my dearest followers. Saya sudah berada di Madinah selama empat hari dan akan ke Makkah esok, InsyaAllah.
“Doakan saya, suami dan keluarga saya dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Ini adalah kali pertama saya ke sini setelah lama menanti.
“Alhamdulillah syukur ya Allah kerana diberi kesempatan ini dalam keadaan covid dan banjir. Percayalah pasti akan ada ganjaran yang hebat dari Allah pada orang yang bersabar dan terus solat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Aprena turut membuat permohonan maaf seandainya dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Malah, dia juga membuka ruangan komennya buat para peminat untuk menitipkan doa untuk dibacakan ketika di hadapan Kaabah nanti.
“Minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut jika saya ada mengguriskan hati sesiapa sahaja yang mengenali saya.
“Sila bagi doa kalian dibawah, InsyaAllah mana yang sempat saya doakan ya. InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala Aprena dan suami sewaktu di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan
“Semoga dipermudahkan baby. Take care. Stay safe. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” komen Ayu Raudhah.
“MashaAllah, bestnya dapat pergi. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” balas Fatin Afeefa.
“Somoga Allah permudahkan urusan umrah serta semua ibadah di sana. Doakan Pak Su ye,” kata Shamsul Ghau Ghau.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan di sana. Doakan Malaysia dan rakyatnya selamat daripada segala bala bencana,” kata seorang netizen.
Sekadar informasi, Aprena dan suaminya, Mohd Afiq Hamzah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 November 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aprena Manrose