Perkongsian terbaru Fedtri Yahya cukup meruntun hati.

Seorang wanita mualaf mendakwa dirinya telah diceraikan suami akibat perbuatan ibu mertua yang memporak-perandakan rumah tangganya.

Tulisnya, suami berlaku curang sewaktu mereka tinggal berasingan. Malah, selepas habis belajar, lelaki itu terus menceraikan isterinya atas alasan terlalu sayangkan teman wanita.

Lebih malang, ibu mertuanya dikatakan sanggup menipu demi kebahagiaan anak sendiri.

IKLAN

Ini pula derita seorang wanita mualaf yang menjadi mangsa kezaliman suami & ibu mentua.

“Sebenarnya banyak kes, di sebalik kejahatan anak lelaki, ada peranan ibu mentua yang tak kurang hebat dalam memporakperandakan kebahagiaan insan lain.

IKLAN

“Berdasarkan pelbagai luahan yang diterima, hubungan wanita sesama wanita sering tegang, berkonflik, emosi, dendam dll. ( merujuk hubungan menantu wanita – mentua atau ipar duai ),” tulisnya.

IKLAN

Membaca luahan ini menyebabkan netizen berang dengan sikap lepas tangan lelaki dan keluarganya itu.

“Dibuang Keluarga Setelah Memeluk Islam Untuk Berkahwin Dengan Dia,” – Fedtri Yahya Kongsi Kisah Mangsa Ibu Mertua Dan Suami Zalim “Dibuang Keluarga Setelah Memeluk Islam Untuk Berkahwin Dengan Dia,” – Fedtri Yahya Kongsi Kisah Mangsa Ibu Mertua Dan Suami Zalim

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI