Pelakon, Diana Danielle menyeru semua pihak untuk tidak mempertikaikan jumlah pemberian duit raya yang diterima di musim perayaan ini.
Menurut Diana, kita sepatutnya berasa bersyukur kerana duit raya itu diberikan atas dasar keikhlasan.
“Sekarang ini orang tak faham ke duit raya itu bukan wajib tapi salah satu bentuk sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu.
“Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy sahajalah perkara baik di musim perayaan ini,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan sendiri oleh isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Diana turut menyelar tindakan segelintir pihak yang merasakan diri mereka layak menerima duit raya dalam jumlah yang besar.
“Nak rasa berhak dan mempersoalkan sangat dah kenapa? Sampai kata kalau banyak ini, baik tak payah bagi. Apa ingat nafkah ke? Relax la.
“Saya pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunganya. Lama tak dapat duit raya.
“Enjoy paham enjoy? Ni kerja tak puas hati sahaja memanjang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihatkan sifat meminta-minta ini harus dihentikan terutamakan sekali buat golongan anak muda dan kanak-kanak.
“Saya masih ingat, mak saya selalu pesan semasa kecil, jangan buka sampul duit raya di depan orang ramai.
“Zaman sekarang orang banyak tak bersyukur sis. Walau budak kecil pun, alahai mulut boleh tahan.
“10 ringgit mungkin kecil bagi kita namun besar untuk orang lain. Sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bukan nak collect duit raya. Kita dah kerja orang bagi kita terima. Selepas itu doakan si pemberi.
“Kannnnnn. Orang sekarang ni tak pandai berterima kasih. Raya pun bukan pasal duit raya tapi meraikan hari dengan gembira,” antara komen-komen netizen.
Ketika ini, isu jumlah duit raya antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial.
Ada segelintir pihak yang mengatakan bayi yang masih kecil tidak sepatutnya diberikan jumlah yang besar sebaliknya ia patut diberikan mereka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi.
Pada pendapat MH, terpulanglah kepada si pemberi. Sebagai penerima, kita sepatutnya bersyukur dan bergembira kerana tradisi duit raya ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seminggu berlalu, masih ramai yang terkesan dan berduka dengan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi meninggalkan kita semua ke negeri abadi pada 9 Ogos lalu.
Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran di TV3 pada Ahad, rakan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza atau antara selebriti yang telah ditemubual secara virtual bersempena segment ‘Tribute: Tiada Lagi Siti Sarah’.
Di samping berkongsi detik perkenalan bersama arwah, Siti menyifatkan arwah Sarah sebagai seorang yang suka bersedekah dan mengembirakan orang lain.
“Kalau nak diceritakan kenalan saya dengan arwah Siti Sarah, saya betul-betul mula nampak dia dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Dia juga antara peminat yang minat lagu-lagu saya, dia pernah sempat pergi ke konsert jelajah saya pada 3 tahun lepas.
“Dia memang suka nak bagi hadiah. Saya ingat lagi, masa saya mengandung bayi lelaki dia pernah tanya apa hadiah yang Kak Iti belum ada untuk bayi dia nak bagi.
“Lepas tu saya kata saya tak tahu lagi nak hadiah apa, nanti kalau Kak Iti terfikir nanti baru Kak Iti bagi tahu. Itulah antara perbualan Direct Message (DM) saya dengan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Siti turut memberikan penjelasan terhadap satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan dirinya seakan tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di sebuah rakaman persembahan secara virtual.
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini, dia tidak dapat meneruskan rakaman tersebut kerana berasa sedih dengan berita pemergian arwah Siti Sarah buat selamanya.
“Hari itu adalah hari perginya arwah Siti Sarah dan di media sosial semuanya cerita yang indah mengenai dirinya. Kebetulan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memang kena sangat, ya Allah saya tak boleh nak cakap macam mana perasaan saya.
“Daripada awal saya tengok berita saya kata ya Allah macam mana saya nak nyanyi ni? Saya dah lah ada kerja kan, bila cerita tentang arwah Sarah meninggal automatik dia terbayang. Saya terasa sangat tu sebab dia pergi tu dengan sangat indah sekali.
“Sarah salah seorang yang Allah bagi dia keistimewaan sebab itulah saya tumpang gembira sebenarnya dengan pengakhiran dia yang baik,” katanya lagi.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!