Pemilik syarikat Maydan Trading Sdn. Bhd. iaitu Narhamdan Abdul Malek, 54, menuntut wang berjumlah RM156,000, iaitu bayaran yang sudah dibayar kepada aktres Nur Fazura mempromosikan produknya, Q Tab.
Narhamdan menerusi keterangannya pada perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur siang tadi berkata, memberitahu bayaran tersebut tidak setimpal dengan 75 peratus tugas yang sepatutnya dilunaskan sejak Oktober 2017 oleh pelakon filem Pisau Cukur itu.
Setakat ini, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 36, selaku defendan pertama didakwa hanya membuat satu sidang media, sesi fotografi serta video mempromosi dan memuat naik produk itu di Instagram miliknya sebanyak tiga kali.
Pada 16 Disember 2017, Narhamdan menfailkan saman terhadap Fazura dan Universal Music Sdn Bhd yang masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.
Berdasarkan writ, Narhamdan sebagai plaintif memiliki dan menjual produk kesihatan di atas nama dagang Maydan dan satu daripada produk itu adalah kandi yang boleh dikunyah dikenali sebagai Q-Tab untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku.
Plaintif juga didakwa bersetuju secara bertulis dengan cara Helaian Terma (Term Sheet) yang dibuat defendan kedua (Universal Music) untuk perkhidmatan Fazura, pada 17 Ogos 2017.
Perjanjian itu didakwa untuk Fazura memasarkan dan/atau mengendors produk untuk balasan bayaran sebanyak RM212,000 serta dibayar dalam tempoh enam bulan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, antara perkhidmatan yang dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk secara besar melalui media sosial, lebih khususnya melalui saluran Instagram miliknya membabitkan 12 catatan (postings).
Malah, bintang berkenaan juga perlu membuat lima penampilan awam, penampilan tunggal pada sidang akhbar serta sesi pengambilan gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk.
Sementara itu, defendan pertama dalam pernyataan pembelaannya menafikan bahawa beliau ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintif.
Fazura juga menegaskan bahawa Iman Tang bukan ejen atau wakilnya, sebaliknya hanya pengurus dan sebarang keputusan berkaitan dengan kerjaya seni hanya ditentukan oleh dirinya sendiri.
Dalam pada itu, plaintif memberitahu mahkamah anak keduanya iaitu Mardina yang memberi cadangan melantik bintang itu bagi mempromosikan produk mereka.
Pertemuan dengan aktres itu diadakan di The Curve dan turut dihadiri dua anaknya, Marliya dan Mardina serta Iman Tang.
Malah, pihaknya juga dikatakan sudah melakukan pembayaran awal sebanyak RM100,00 dan kemudian membuat sidang alhbar pada penghujung Ogos 2017 untuk mempromosi rangkaian produk kami termasuk Q Tab.
“Ketika itu saya juga ada membuat pembayaran RM56,000 bagi sesi fotografi dan video. Melalui Mardina saya difahamkan jualan produk kami bagus bagaimanapun jualan jatuh pada penghujung September 2017.
Terdahulu, prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril bersambung esok.
Pada 16 Disember 2017, Narhamdan menfailkan saman terhadap Fazura, 36, dan Universal Music Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.