Pelakon Fiza Halim memohon maaf kerana setakat ini, dia masih belum boleh menjawab pertanyaan media berhubung isu dakwaan dia ‘kaki sondol’ sebagaimana tular di media sosial, baru-baru ini.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,40, berkata dia tidak dapat memberi jawapan kerana perkara terbabit sudah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Pelakon filem Getaran ini menambah, dia akan berkongsi perkembangan terkini sebaik mendapat hasil siasatan.
“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.
“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya.
Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bukan bermaksud mengelak daripada rakan media.
Ads
“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” katanya lagi.
Fiza turut memuat naik perkara sama menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Beberapa hari lalu, nama bekas anggota kumpulan Elite itu menjadi bualan di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar hal yang berlaku dalam rumah tangganya bintang berkenaan.
Ads
Sehubungan itu, Fiza tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Fiza dan Ahmed Farriq bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Ads
Perkahwinan kedua Fiza bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keduanya bercerai pada Julai tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Alamak, apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa tiba-tiba Elizad dipenjarakan? Selepas 10 tahun meringkuk dalam penjara, Dian akhirnya dibebaskan apabila tempoh hukumannya telah tamat.
Kini, Dian ingin memulakan kehidupan yang baharu, namun dia juga mempunyai beberapa misi yang perlu diselesaikan.
Mula bersiaran di ntv7 pada 28 November, drama ‘Dian’ menampilkan pelakon jelita Elizad Sharifuddin sebagai watak utama yang terpaksa mengharungi pelbagai panca roba dan halangan dalam hidup.
Lebih menarik lagi, barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Mimi Lana dan ramai lagi turut terlibat untuk menjayakan drama siri ini.
Drama 20 episod ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Dian, yang berhasrat untuk berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Hisham (Qi Razali) tetapi mendapat tentangan oleh ibunya, Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud).
Sebenarnya, ibu Dian sudah merancang untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor yang berjaya, Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap berpegang teguh dengan pilihannya.
Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa (Mimi Lana) dan Aiman (Izzy Reef Izzu) selepas mereka mendirikan rumahtangga. Dian tidak sangka bahawa Hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.
Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.
Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu tiri kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dia masih kerap membuang masa di kelab judi.
Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya, Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya.
Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.
Pelbagai kejadian telah berlaku ketika Dian cuba untuk menjejaki anak-anaknya semula.Jangan ketinggalan untuk menonton Dian, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7.
Foto: Media Prima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nina Iskandar ada memberikan pendapat mengenai situasi semasa Covid-19 yang melanda Malaysia.
Memberikan reaksi selepas diajukan mengenai persoalan tersebut, Nina atau nama lengkapnya Nur Akmalina Iskandar memberitahu situasi Covid-19 di Malaysia dan Brunei disifatkannya sebagai sangat berbeza.
Untuk rekod, Nina merupakan bintang asal Brunei dan mencipta nama sebagai pelakon di negara ini. Namun atas kekangan semasa, Nina sekeluarga kini berada di Brunei sepanjang fasa pandemik.
Dia yang sinonim menerusi drama bersiri Andainya Takdir ini mendedahkan, Brunei kini hampir bebas sepenuhnya daripada Covid-19 dan orang ramai kian mulai kembali menjalani kehidupan normal.
“Jujur saya kata, bila saya lihat situasi dekat Brunei dan Malaysia, ia semestinya sangat berbeza sebab dekat Brunei kami semua sudah kembali menjalani kehidupan yang normal.
“Bila saya kongsi gaya hidup orang Brunei di media sosial, kadang-kadang saya sedih juga lihat bila ada orang Malaysia cakap, seronoknya Brunei dah aman dan bebas Covid-19.
“Dulu Malaysia berjaya kawal masa PKP 1.0, jadi sedih bila kita lihat sebab sepatutnya Malaysia dah boleh jadi negara bebas Covid tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang mendoakan agar semuanya kembali pulih.
Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, masyarakat di sini masih mengamalkan langkah berjaga-jaga meski negara itu sudah bebas Covid-19.
“Bagaimanapun, kami masih lagi mengambil langkah yang berjaga-jaga.
“Masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam,” katanya lagi.
Malah bagi Nina, situasi penularan wabak Covid-19 di Brunei berjaya dikawal oleh kerana populasi penduduknya yang tidak ramai.
“Setiap negara ada isu yang tersendiri, Brunei pun ada isu yang tersendiri.
“Akan tetapi, disebabkan Brunei sebuah negara yang kecil, penduduk pun tidak ramai jadi disebabkan itu ia mungkin jadi faktor mudah untuk dikawal,” katanya memberikan pandangan.
Nina berkata demikian menerusi program YouTube MH Lifestyle. Dia turut berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya termasuk perkembangan terbaru.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Che Puan Syamim Farid berkongsi khabar selepas lebih 24 jam membawa neneknya yang mesra disapa Wan, mendapatkan vaksin bagi mencegah Covid-19, pada Isnin.
Katanya, Wan yang kini mencecah usia 88 tahun berada dalam keadaan baik dan selera makannya juga bertambah.
“Salam all. A lot of you guys have been askin me about my Wan’s condition after the vaccination yesterday.
“Post-vaccination (after 24 hours), shes fine so far. Selera makan bertambah-tambah je. Alhamdulillah.
“Ada yang bertanya, how old is my grandmother? Shes still young. Baru 88 years old. Doakan Wan terus sihat ya. Amin,” tulisnya.
Pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini turut memberitahu neneknya turut mengucapkan terima kasih atas doa dan ingatan semua.
Syamim turut berkongsi momen membawa neneknya itu ke pusat vaksin menerusi Instastory.
Sementara itu pada hantaran terkininya di Instagram pula, Syamim turut bersyukur kerana urusan tersebut dipermudahkan.