Didakwa ‘Kaki Sondol’, Fiza Halim Report Polis! – “Minggu Depan InsyaAllah Saya Akan Dapat Keputusan Hasil Siasatan.”

Share

Pelakon Fiza Halim memohon maaf kerana setakat ini, dia masih belum boleh menjawab pertanyaan media berhubung isu dakwaan dia ‘kaki sondol’ sebagaimana tular di media sosial, baru-baru ini.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,40, berkata dia tidak dapat memberi jawapan kerana perkara terbabit sudah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Pelakon filem Getaran ini menambah, dia akan berkongsi perkembangan terkini sebaik mendapat hasil siasatan.

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.

“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bukan bermaksud mengelak daripada rakan media.

“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” katanya lagi.

Fiza turut memuat naik perkara sama menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Beberapa hari lalu, nama bekas anggota kumpulan Elite itu menjadi bualan di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar hal yang berlaku dalam rumah tangganya bintang berkenaan.

Sehubungan itu, Fiza tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keduanya bercerai pada Julai tahun lalu.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Published by
MH