Kalau diperhatikan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelakon Nazim Othman sering memuat naik aktiviti dirinya bercuti ke pusat peranginan mewah sama ada di dalam atau luar negara.
Malah, gayanya yang tidak kalah dengan menyarung pelbagai busana dan aksesori berjenama antarabangsa popular turut menjadi tanda tanya di kalangan.
Disebabkan hal itu timbul dakwaan kononnya kehidupan mewah Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 38, sebenarnya ditanggung individu kenamaan atau VIP.
Tidak terkejut dengan dakwaan tersebut, pelakon drama bersiri Monalisa itu menerusi Melodi berkata, dia lali dengan tohmahan tidak masuk akal itu.
Malah menyedari khabar angin itu sudah bertebaran sejak beberapa tahun lalu.
“Isu ini bukan perkara baharu. Sekian lama orang bercakap fasal ini sampailah sekarang.
“Betullah benda itu semua tak betul. Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, kira-kira enam atau tujuh tahun lalu dulu dah dengar.
ji c
“Tiada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri,” katanya.
Menurut Nazim lagi, kesemua yang dipaparkan di laman sosial miliknya itu berkait rapat dengan pekerjaannya sebagai seorang pelakon dan selebriti yang sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mahu memasarkan perniagaan mereka.
“Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon, tetapi satu jenama.
“Saya pergi ke tempat mewah, semua itu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalinkan kerjasama bersama saya,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI