Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Menurut Puteri Sarah, pihak peguam sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya
Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh netizen.
Peguam Puteri Sarah juga telah menghantar satu notis komital / penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai pada semalam kepada individu tersebut.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” ujarnya.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya l menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkongsi momen istimewa menghantar tiga anaknya ke sekolah buat kali pertama.
Jelasnya, walau sudah melangkau beberapa langkah, namun dia tetap tanam harapan untuk cuba menjadi bapa terbaik buat anak-anak.
“Hantar anak sekolah. Fasa baru dalam hidup. Aku dah langkah beberapa step. Banyak yang tertinggal.
“But, i will try my best to be a good daddy,” tulisnya.
Sekadar imbasan, Issey baru sahaja menamatkan zaman duda bersama Noor Aimi Mohamed Jamil,32.
Noor Aimi mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu.
Foto : Instagram Issey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penularan COVID-19.
Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur.
“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.
“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.
“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.
“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,” pohon Shuib.
Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.
Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.
Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada memuat naik sekeping foto yang dirakam bersama adik-beradiknya yang lain.
Foto tersebut dirakam sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kerjasama mereka, Kekasih baru-baru ini.
Menerusi ruangan kapsyen, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla ada meluahkan pendapat dan nasihat perihal pertalian hubungan adik-beradik dalam ahli keluarga.
Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, hubungan dia bersama adik beradik sangat akrab malah akan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Kami 4 beradik setuju utk share KEKASIH dalam satu masa apa yg buat KEKASIH dipermudahkan adalah, mungkin hubungan kami adik beradik “lain macam” sikit..
“hang bgi adik beradik aku sakit,hang mampoih dgn aku..atau hang bgi sakit aku,depa ada backup aku kat belakang..terlalu banyak keberkatan dalam hubungan adik beradik yg bersatu..
“org luaq tak selalu ada dgn kita time kita jatuh susah,tp adik beradik tetap ada kiri kanan kita.pandang muka mak ayah kita kalau hampa nk bepecah belah atau begaduh.
“tak kesian ka kat depa susah payah besaqkan kita semua rezeki allah terlalu lalu luassss… insyaallah kita sama2 share rezeki ok? @kekasih_hq,” tulisnya panjang lebar.
Bak kata pepatah melayu, air yang dicincang tak akan putus jadi begitu juga dengan pertalian hubungan bersama adik beradik.
Semoga ikatan pertalian hubungan adik beradik Syatilla akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Beberapa orang adiknya juga kini turut berjinak-jinak dalam dunia seni lokal.
Foto : Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI