Baru-baru ini pelakon, Faezah Elai telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan di saluran Youtube penyanyi, Zarul Umbrella bagi berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pramugari satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, perbualan di antara Faezah bersama Zarul telah pun disalah ertikan segelintir pihak yang menganggap mereka seolah-olah memperlekehkan golongan tertentu.

Tidak mahu isu dibiar berpanjangan, Faezah tampil untuk menjelas mengenai kekeliruan tersebut.

View this post on Instagram

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46). Dlm video interview sy bersama dgn @zarulumbrella ttg life when i was a cabin crew,ada sy sebut jika anda ada masters or PhD tp tk pernah travel compare org yg mungkin hanya ada SPM tp selalu travel especially solo traveller,experience diorg ni lebih byk and they are more open and wiser.. Tk semua org mampu belajar sampai degree,sometimes bukan sbb duit,tp tk semua org mampu utk duduk dan membaca buku.. ada yg suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai org,culture and religion.. . Sy tk ckp jgn belajar masuk U,sbb sy pon belajar sampai Uni..Alhamdulillah dpt peluang utk lihat ciptaan Allah diluar,belajar ttg sabar bila kena maki,belajar ttg erti syukur,bila kena serve org mkn,belajar sedar diri,kita tk hebat mana pon walau ketika tu,gaji 8 ke 10k sebulan.. . So Alia Suid,since u dh block i,my advice is,if ur degree buat u jd arrogant,and tkde adab,biar lah bodoh.. . Semalamku, U are a father and how are u gonna teach ur children about ‘Adab’ when u dont even have one.. Hormat lah perkerjaan org lain walaupon cuci jamban,sbb hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia drp kita yg konon nyer rasa pandai tp tkde adab.. sendiri mau ingat.. #selfreminder jugak.. . But if my words hurt anyone then i truly apologize.. . P/S : Dak lani apa masalah ngan cuci jamban nih?? Hg tk penah cuci jamban ka?habih sapa dok cuci jamban umah hg?? i dont post this utk ampa kecam dia na.. tp utk semua,sbb kadang2 kita selalu rasa diri kita hebat,walau hakikatnya kita yg buta peghot.. Alhamdulillah dpt laki yg suka travel jugak walau fly 3 tahun.. 3 years is more then enough.. 🙃 . #selfreminder

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

“Dalam video interview saya bersama dengan @zarulumbrella tentang life when i was a cabin crew, ada saya sebut jika anda ada masters or PhD tapi tak pernah travel compare orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel especially solo traveller, experience diorang ni lebih banyak and they are more open and wiser.

“Tak semua orang mampu belajar sampai degree, sometimes bukan sebab duit, tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, culture and religion.

Ads

“Saya tak cakap jangan belajar masuk universiti, sebab saya pon belajar sampai universiti.

“Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah di luar, belajar tentang sabar bila kena maki, belajar tentang erti syukur, bila kena serve orang makan, belajar sedar diri, kita tak hebat mana pon walau ketika tu, gaji 8 ke 10k sebulan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Tanda Putera itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kerjaya orang lain jika mahu dipandang tinggi.

“So Alia Suid,since you dah block i, my advice is, if your degree buat you jadi arrogant, and takde adab, biar lah bodoh. Semalamku, U are a father and how are u gonna teach your children about ‘Adab’ when u dont even have one.

“Hormat lah perkerjaan orang lain walaupon cuci jamban, sebab hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia daripada kita yang kononnya rasa pandai tapi takde adab. Sendiri mau ingat. #selfreminder jugak.

Ads

“But if my words hurt anyone then i truly apologize. P/S : Dak lani apa masalah dengan cuci jamban ni? Hang tak penah cuci jamban ka? Habis siapa dok cuci jamban rumah hang? I dont post this untuk ampa kecam dia na.

“Tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat, walau hakikatnya kita yg buta peghot. Alhamdulillah dapat laki yang suka travel jugak walau fly 3 tahun. 3 years is more then enough,” katanya lagi.

View this post on Instagram

Link utk full video kat ig story atau kat my bio

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on

Sumber: Instagram Faezah Elai & Zarul Umbrella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI