Satu demi satu nampaknya kontroversi kunjung tiba dalam kehidupan diva pop terkenal ini. Jika baru-baru ini usaha untuk memecat ayahnya sebagai konservator telah berjaya, kini bintang tersebut terpalit pula dengan tuduhan memukul salah seorang pekerja di rumahnya.
Menurut laporan, Britney Spears disiasat Jabatan Polis Daerah Ventura atas tuduhan salah laku kerana menyerang pekerjanya dengan menampar tangan pekerjanya yang ketika itu sedang memegang telefon. Walau bagaimanapun pekerja tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak polis cuba berhubung dan mendapatkan penerangan dari penyanyi itu namun tidak mendapat kerjasama yang baik. Mereka akan menyerahkan hasil siasatan yang dilakukan kepada Pejabat Peguam Daerah Ventura untuk kemungkinan pertimbangan salah laku serangan fizikal oleh selebriti tersebut.
Namun begitu peguam yang mewakili Britney Spears, Mathew Rosengart berkata yang tuduhan tersebut hanyalah bertujuan untuk mensensasikan tabloid.
Ads
Dalam kenyataannya menerusi hantaran e-mel, “Ini hanyalah sekadar tuduhan salah laku yang terlah diperbesarkan sehingga terkeluar dari konteks sebenar dan merupakan satu tuduhan yang tidak berasas tentang sebuah telefon bimbit yang tidak melibatkan pukulan apatah lagi menyebabkan kecederaan.”
Menurutnya lagi sesiapa sahaja boleh membuat pertuduhan dan kes ini sepatutnya ditutup dengan segera.
Konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw ternyata cukup memberikan kepuasan buat 3,000 peminat setianya.
Meriah dengan tema ‘Back To School’, Konsert Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur dihiasi dengan persalinan sekolah daripada penonton yang hadir.
Tetamu VIP seperti Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin turut sama ‘sporting’ menggayakan baju sekolah.
Turut sama mengikuti ‘dresscode’ ialah ramai selebriti tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Fazura, Fattah Amin, Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Puteri Aishah.
Rakan-rakan artis dari Indonesia turut sama terbang ke ibu kota bagi memberikan sokongan buat Melly, antaranya, penyanyi Rossa, Mayang Sari, Yuni Shara dan pelakon Raffi Ahmad.
Mereka juga turut sama menggayakan persalinan persekolahan sekali gus kembali mengimbau zaman-zaman ketika di high school.
Konsert Ada Apa Dengan Melly? berlangsung dengan cukup meriah, dengan Melly membawakan seleksi 27 lagu hit antaranya Ku Bahagia, Ada Apa Dengan Cinta, Jika, Gantung, Tak Tahan Lagi, Tentang Seseorang dan banyak lagi.
Selain itu, Melly turut menyanyikan lagu-lagu ciptaannya seperti Hanya Memuji nyanyian Marcell dan Shanty, Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari), Menghitung Hari (Kris Dayanti) dan Tegar (Rossa).
Konsert itu akan berlangsung pada malam kedua hari ini, di lokasi yang sama di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Arifin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.
Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.
“Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl.
“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terimakasih semua ,” tulisnya.
Mempunyai beberapa babak yang memerlukan diriya mendedahkan sebahagian tubuh badannya, pelakon Tiz Zaqyah berkata setiap apa yang dilakukannya itu mempunyai mesej yang cuba disampaikan dan bukan sahaja-sahaja mahu menayang badan.
Menurut Tiz atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, babak dalam bilik mandi sehingga mendedahkan bahagian bahu dan kaki telah diteliti dan dinilai berdasarkan jalan cerita tersebut.
“Bukan sengaja nak tayang badan untuk orang tonton pun sebab paling penting ialah mesej kepada penonton mengenai apa yang dilalui oleh mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.
“Kalau ada yang mahu jadikannya isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.
“Jika ada adegan yang keterlaluan, saya akan bincang dnegan pengarah dan ada juga yang saya menolak… mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya,” kata Tiz.
Menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Liar, Tiz membawakan watak mangsa rogol, Lara dan terdapat beberapa babak memaparkan perkara-perkara yang perlu dilalui mangsa bagi mendapatkan bukti bagi mendakwa suspek termasuk pemeriksaan doktor dan membuat laporan polis.
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya itu, Tiz berkata sangat sukar untuknya untuk membawakan watak Lara sehingga ia memberikan kesan terhadap mentalnya.
“Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja tahu apa yang saya rasa.
“Setiap kali habis penggambaran, rasa tidak sabar hendak tukar baju yang dipakai Lara.. lain macam rasa dia.
“Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak pemeriksaan selepas dirogol.
“Melihat banyak poster tentang jenayah rogol yang ditampal dalam bilik tersebut sudah membuatkan saya berasa anxiety namun ia masih terkawal,” katanya lagi.
Liar merupakan adaptasi daripada drama British menggunakan judul serupa. Selain Tiz, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nisaa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.
Drama Astro Originals ini diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Liar bakal ditayangkan bermula esok (25 Mac) setiap Sabtu, jam 12 tengah malam di platform On Demand dan Astro Go. Ia turut ditayangkan di saluran Astro Ria (104) bermula 3 April, setiap Isnin jam 9 malam.
Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula kelular berjanji temu dengan Aiman Yusof yang merupakan seorang doktor pakar bedah.
Selepas temu janji pertama, Lara menuduh Aiman merogolnya, sebaliknya Aiman menafikan perkara itu dan menegaskan dia hanya membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang ke rumah dengan selamat.
Siapakah yang bercakap benar di antara mereka berdua. Saksikan Liar untuk ketahui jawapannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...