Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi mangsa kecaman di media sosial gara-gara sepotong video yang mendakwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan viral.
Video yang berdurasi kurang seminit itu mulai dikongsi selepas dimuat naik menerusi Twitter.
Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you 🤓 pic.twitter.com/n6Wj6Lv0Of
— Uncle Barry 🇲🇾 (@fuzirbarry) September 4, 2020
Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya.
Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.
Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian netizen tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI