Pelakon, Aeril Zafril mengakui tidak berasa selesa kerana sering menerima mesej peribadi (DM) daripada orang ramai yang menganggap dirinya sering menganak tirikan anak lelakinya, Attar.
Menurut Aeril, jadual persekolah Attar yang sibuk menyebabkan dia jarang berkongsi tentang anak lelakinya itu apatah lagi membawanya pergi bercuti.
Rasa kurang senang itu diuahkan Aeril menerusi laman Instagram miliknya.
“Attar ada je ni kat rumah. Kami tak post gambar dia bukan sebab dah tak sayang dia.
“Tapi sebab kami tak bawa dia bercuti sebab dia sekolah pagi dan petang.
“Asyik-asyik DM cakap dah tak sayang anak lelaki la. Dah dianak tirikan la. Post ni sebab dah banyak kali orang dm tanya soalan yang sama.
Dalam pada itu, Aeril turut memuat naik sebuah lagi entri menunjukkan komen biadap sesetengah netizen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Aeril itu dan turut menyifatkan sesetengah netizen seperti bermasalah.
Tidak semua ibu bapa suka berkongsi perihal anak mereka di media sosial.
Janganlah kita membuat sebarang andaian kerana risau perkara tersebut boleh mengguris hati mana-mana pihak.