Perkahwinan Noor Nabila dengan Engku Emran Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya lapor Harian Metro.
Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video bersama di media sosial masing-masing.
Lebih menguatkan dakwaan itu, kelibat Engku Emran langsung tidak kelihatan ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah, semalam.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro