Didenda RM30,000, Zul Ariffin Mengaku Salah Susulan…

Share

Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial miliknya.

Memetik Harian Metro, Zul atau nama sebenar, Zul Ariffin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi oleh peguam yang mewakilinya dan rakannya.

Zul sebelum ini didakwa berkongsi video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi drama bersiri terbaharu lakonannya menerusi laman Instagram pada April lalu.

Selain mengundang kecaman netizen, video yang dimuat naik itu juga turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Adegan di dalam video itu mengundang kritikan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dimaklumkan akan ditayangkan semasa Ramadan tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar