Penyanyi Didi Astillah tidak tahu menahu mengenai penarikan diri Stacy Anam daripada konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Menurut Didi, 28, dia hanya mengetahui berita penarikan diri penyanyi yang popular menerusi lagu Not For Sale itu selepas membacanya di media sosial.
“Sebenarnya saya dapat tahu mengenai perkara tersebut menerusi media sosial. Iyalah dua tiga hari ini saya sibuk dengan persiapan minggu pertama program Famili Duo.
“Jadi saya sebenarnya tidak tahu-menahu. Saya hanya dipanggil oleh pihak penganjur untuk membuat persembahan pada konsert tersebut. Maksudnya orang bayar, kita menyanyi.
“Macam contoh gambar saya ada di poster konsert atau tidak, itu semuanya hak pihak pengurusan iaitu penganjur,” katanya.
Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah berkata demikian ketika ditemui sejurus saingan minggu pertama Famili Duo di Shah Alam, Selangor, pada Ahad.
Ads
Tambahnya lagi, dia bukanlah individu yang layak untuk mengulas mengenai hal tersebut secara terperinci.
“Saya atau pun kak Bella tak ada kena mengena dengan pihak penganjur, atau pun macam mana perjalanan acara itu dan sebagainya.
Ads
“Kita hanya menjadi salah seorang penyanyi yang bakal membuat persembahan pada A Night With Sumandak Stars.
“Itupun sebenarnya, keberadaan saya pada konsert tersebut hanyalah sebagai penampilan khas.
“Malah sebelum hadir pada sidang media konsert tersebut baru-baru ini, saya ada bertanya sama ada saya perlu hadir atau tidak. Lalu mereka pelawa saya untuk sama-sama datang.
Ads
“Ingatkan datang untuk berikan sokongan sahaja, tapi tak tahulah pula ada gambar saya pada poster.
”Saya macam… okay, kira ini pun adalah satu peluang dan saya anggap ini sebagai rezeki,” katanya lagi.
Terdahulu, Stacy pada Jumaat menerusi syarikat pengurusan, Rythm & Rhyme mengumumkan mengenai penarikan dirinya dari Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang bakal dilangsungkan di Zepp Kuala Lumpur itu.
Kelmarin, penganjur memuat naik poster terbarunya yang meletakkan semua gambar artis yang terbabit dalam saiz sama rata tanpa gambar Stacy selepas pengumumannya menarik diri.
Selain Bella dan Didi, bintang yang turut terbabit dalam menjayakan konsert berkenaan ialah Marsha Milan, Adira, Nikki Palikat dan Wani Kayrie.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi anda yang membesar di era awal 2000an pasti kenal dengan kumpulan wanita Girls Aloud yang popular setelah memenangi pertandingan realiti Popstars : The Rivals. Setelah dibubarkan pada tahun 2009, kumpulan ini membuat kemunculan semula pada tahun 2012 sebagai tanda 10 tahun mereka di dalam dunia muzik sebelum muktamad berpecah pada tahun 2013.
Salah seorang ahli kumpulan ini, Sarah Harding, 39, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad dan perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya. Meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara, sebelum itu mendiang Sarah terlebih dahulu pernah mengumumkan yang dia menghidap penyakit tersebut pada Ogos tahun lalu.
Dalam satu hantaran di laman Instagram Sarah yang ditulis oleh ibunya, Marie, “Dengan berat hati saya ingin berkongsi berita yang anak saya, Sarah, sudah meninggal dunia. Mungkin ramai dari anda sudah tahu perjuangan Sarah menghadapi penyakit kanser dan bagaimana kuatnya dia melawan penyakit itu sejak hari pertama diagnosis.
“Dia pergi dengan aman pagi ini. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan sejak setahun yang lalu. Keprihatinan semua sangat bermakna kepada Sarah dan perkara itu memberi dia kekuatan kerana dia tahu dia disayangi.
“Saya tahu dia tidak mahu diingati hanya kerana berlawan dengan penyakit ini. Dia adalah bintang yang bersinar dan saya harap dia akan dikenang kerana itu.”
Sarah (di tengah) bersama ahli kumpulan Girls Aloud membuat persembahan.Walaupun sudah berpecah, Girls Aloud menjadi antara kumpulan wanita paling berjaya di UK
Ketika bersama dengan kumpulan Girls Aloud, Sarah mengecap populariti dan kejayaan yang sangat besar. Kumpulan tersebut telah diangkat sebagai UKsBiggest Selling Group untuk abad ke-21 dengan 4.3 juta single dan 4 juta keping album terjual di negara tersebut. Selain Sarah, kumpulan vokal wanita ini dianggotai oleh lima wanita anggun termasuklah Cheryl Cole, Nicola Roberts, Kimberley Walsh dan Nadine Coyle.
Antara lagu popular yang menjadikan kumpulan ini terkenal seperti I’ll Stand By You dan The Promise.
Sumber: Instagram Sarah Harding
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat kumpulan Puteh membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dinobat juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2019).
Ini kali pertama kumpulan berkenaan melakar kemenangan dalam program tahunan ini.
Persembahan Puteh nyata mendapat sorakan gemuruh penonton selain mendapat reaksi positif para juri profesional.
Puteh berjaya mengetepikan Zero yang menduduki ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 beserta trofi.
Di tempat ketiga, Bocey membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.
Dua lagi finalis J-born dan Rare di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi.
Empat juri profesional yang mengadili peserta mewakili sebanyak 70 peratus markah sementara 30 peratus undian penonton menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Juri profesional terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Najip Ali dan Inul Daratista.
MLM 2019 berlangsung selama 11 minggu di Royal Theatre, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Tahniah buat semua finalis!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean "Diddy" Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah...