Sering menggunakan kaedah psikologi dalam mendidik anak-anak, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor kali ini mengajar anaknya solat dan mengenali kalimah Allah. 

Berkongsi video yang melihatkan gelagat anak kembar lelakinya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang sedang berusaha untuk solat, kedua kanak-kanak berusia dua tahun itu gembira melakukan aktiviti berkenaan. 

“Teaching the Boys Solat
It’s never an easy task when there’s two of them – Haha
It’s okay – Double Pahala …

“Adam & Noah are slowly showing some interest on Solat imitating by watching us performing it.

“For the Muslims do try to introduce the word Allah to our kids from a very young age . The day when they asked what is Allah – which shows their ‘ Aqal dah boleh berfikir ‘ , then they are ready for the next level.

IKLAN

“Salam Jumaat Everyone. Love As Always …
PS – They end up doing somersault instead but that’s okay,” tulis Muszaphar.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan selepas dimuat naik suami kepada Datin Dr. Halina itu beberapa jam lalu.

IKLAN

Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada 10.10. 2010 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (kembar perempuan) dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

IKLAN

Video/ Foto : Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI