Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun.
Difahamkan, Maradona yang sinonim diketahui sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina dipercayai maut akibat serangan jantung.
Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari waktu berkabung buat negara itu.
Berita tersebut nyata mengejutkan ramai pencinta sukan bola sepak seluruh dunia dan masing-masing memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.
Antaranya termasuklah bintang bola sepak, Cristiano Rolando yang memuat naik foto dan kenangan bersama mendiang.
Selain itu, aktor Bollywood, Shah Rukh Khan juga memberikan penghormatan terakhir dengan memuat naik satu ciapan di Twitter.
“Diego Maradona….you made football even more beautiful. You will be sorely missed and may you entertain and enthral heaven as you did this world. RIP,” tulisnya.
Perkara sama turut diluahkan bekas pemain tinju terkenal, Mike Tyson yang merakam kembali momen bersama bersama mendiang.
“The Hand of God, Maradona has left us. In 86 we both won our championships. They use to compare the two of us.
“He was one of my hero’s and a friend. I respected him so much. He will be greatly missed,” titipnya.
Terdahulu, mendiang sebelum ini turut menjalani pembedahan membuang ketulan darah beku di otak, awal bulan ini.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, media Argentina melaporkan kesihatan beliau kembali merosot dan dirawat oleh doktor di kediamannya di utara Buenos Aires.