Ketika ini, hangat di media sosial mengenai laporan yang mendedahkan kediaman pelakon, Rozita Che Wan dikhabarkan telah diserbu oleh pihak MARA.

Bagaimanapun, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta dilihat ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

Ia termasuk ucapan hari jadi kepada anak keduanya, Aniq Ezzra yang kini genap berusia 26 tahun.

“Happy 26th birthday to anak mummy yang kecil-kecil dulu macam bear. Nasib baik bila dah besar segak,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Ads

Sementara menerusi Insta Stories pula, pelakon drama Kiah Pekasam ini memuat naik beberapa hidangan lauk yang tertera ‘diet…adeerr.’

“Diet…Adeerr,” – Kecoh Berita Rumah Didakwa Kena Serbu, Che Ta Sempat Kongsi Hidangan Lauk, Ucap Hari Jadi Buat Anak “Diet…Adeerr,” – Kecoh Berita Rumah Didakwa Kena Serbu, Che Ta Sempat Kongsi Hidangan Lauk, Ucap Hari Jadi Buat Anak “Diet…Adeerr,” – Kecoh Berita Rumah Didakwa Kena Serbu, Che Ta Sempat Kongsi Hidangan Lauk, Ucap Hari Jadi Buat Anak

Ads

Terdahulu, media melaporkan rumah Che Ta di Kota Damansara telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah pada Selasa pagi.

Difahamkan, ia dilakukan oleh pihak terbabit setelah aktres tersebut gagal melunaskan hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM 1 juta.

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Foto: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI