Difitnah ‘Gila Harta’ Vida, Iqbal Perincikan Aset – “Kucing Harga RM15,000 Seekor, Saya Beli Dua, Tempat Berak Sahaja RM2,000.”

Share

Bekas pembantu peribadi kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli pada Khamis tampil meluahkan rasa berhubung isu terkait melibatkan dirinya bersama usahawanita berkenaan.

Luahan tersebut dibuat Iqbal menerusi Insta Stories, dipercayai kerana ada segelintir yang seolah-olah menuduhnya mempunyai kepentingan apabila menjalinkan hubungan akrab bersama penyanyi lagu I Am Me itu.

Iqbal yang kini turut suskes berbisnes menjelaskan, dia sebelum ini tidak gemar menunjuk-nunjuk kemewahan, sekaligus menafikan dia berbaik dengan Vida kerana mahu mengikis harta.

“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitnah gilakan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitahu!

“Kucing ini saya beli dengan harga RM15,000 seekor. Saya beli dua. Tempat berak sahaja RM2,000. Saya sudah habiskan lebih RM80,000 untuk beli barangan kucing.

“Tolong bagitahu, mahu saya tunjuk apa lagi? Rumah saya? Hampir RM3 juta kerana saya duduk bujang. Kasut saya? Lebih RM100,000. Pakaian? Lebih RM500,000 dalam masa enam bulan saya beli. Tempat basuh pinggan? RM6,000. Mainan gadjet? Lebih RM1,000,000 saya habiskan.

“Ingat saya tak ada maruah nak kikis harta orang?!,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut berkongsi foto ‘outfit of the day’ (ootd) lengkap dengan harga tiap persalinan yang dikenakan.

Sementara itu, lelaki asal Kelantan ini turut mengakui dia langsung tidak berminat untuk menjadi ‘anak ikan’ dan menegaskan dia mempunyai pendirian.

“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1juta pun saya tolak.

“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” tulisnya lagi.

Published by
MH