Tidak lama selepas berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertama, pelakon Datin Intan Najuwa tiba-tiba diminta oleh individu yang tidak dikenalinya supaya tidak lupa membayar gaji pekerja.

Bagaimanapun, Intan menerusi Insta Stories pada Khamis menegaskan dia tidak pernah culas untuk membayar gaji pekerja.

“Ini lagi sorang. Siapa pulak staff yang I tak bayar gaji ni. Melainkan Kalau dia tak buat kerja, memang I buang terus.

“Staff songlap duit I ada lah. Staff curi duit I dari Atm pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam, tak report police pun.

“Yang makan gaji buta pun ada. Staff yang buat kerja macam budak tadika, lepastu tetiba demand macam pun ada.

“Spill the tea please. Saya pun tertanya-tanya. Sorry ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya je ramai.

Ads

“Semua staff I yang kerja dengan I, kerja dapat gaji siap bonus lagi. So kalau setakat nak buruk kan nama saya, beringat sikit.

“Mess with me and you will regret it,” tulis Intan menerusi Insta Stories miliknya.

Difitnah ‘Jangan Lupa Bayar Gaji Staff’, Intan Najuwa Bertegas & Beri Respon – “Sorry Ya, Saya Tak Ada Hutang Duit Orang.”

Ads

Sementara itu menerusi hantaran seterusnya, Intan memberi tempoh 24 jam untuk individu yang memfitnahnya itu untuk tampil semuka dengannya sebelum meneruskan dengan prosedur undang-undang.

“So, lelaki ini yang cari pasal. Come, I would love to see you. Sebab I pun tak kenal you. I’ll give you 24 hours to confront me, if not we proceed to legal action.

“I tak takut, sebab mostly staff je ramai buat pasal dengan I,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Intan membuat keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Dah proceed. Nak suruh dia confront slow sangat. See you when I see you,” tegas Intan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI