Penyanyi, Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi kini sekali lagi hadir hadir dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul Kesempatan Bagimu.
Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bakal melatari drama 28 episod, Tercipta Satu Ikatan yang bakal bersiaran menerusi slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember.
Sementara lirik lagu tersebut pula merupakan hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.
Berkongsi mengenai Kesempatan Bagimu, Adira memberitahu dia bersyukur atas peluang yang diterimanya dalam dunia nyanyian ketika ini.
“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini.
“Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama TV. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke lagi lagi saya.
“Di saat ramai bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.
“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu “Maaf” untuk drama ‘Maaf Tak Indah’ yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya.
Ads
Adira sebelum ini pernah bekerjasama beberapa kali bersama Ikhwan Fatanna.
“Lagu baru ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja dengan komposer, saya juga sudah dapat lagu ini lebih awal untuk berlatih.
“Kebetulan lagu baru ini pun berentak balada seperti yang sebelumnya. Tak saya nafikan jiwa ini lebih terarah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Mungkin juga dalam ketegasan diri ini, kelembutan jiwa itu masih terserlah,” katanya lagi.
Sementara itu, Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan ini juga menjelaskan, dia secara peribadi tidak menganggap gelaran Ratu Soundtrack itu sebagai perkara membebankan.
“Kalau ada yang suka dengan lagu nyanyian saya melatari drama di kaca TV itu sudah cukup baik. Lagu soundtrack ini menyuntik dan menjentik emosi penonton dan jika ada yang terus memberikan gelaran Ratu Soundtrack kepada saya, saya okey saja.
Ads
“Saya bersyukur dengan pengiftirafan sebegitu. Bila difikir daripada skop yang lebih luas, ia semua peluang dan juga rezeki untuk saya kekal relevan di persada seni.
“Untung apabila lagu dipilih jadi runut bunyi kerana dalam tempoh siaran drama itu di kaca TV atau pelantar digital, ia akan terus dimainkan dan secara tak langsung akan cepat diingat. Jadi, selain radio dan laman maya, TV juga jadi ruang promosi yang baik,” katanya.
Pada masa sama, bintang kelahiran Ranau, Sabah ini turut akui menggemari lagu Kesempatan Bagimu.
“Selama menceburi dunia seni, saya sudah terbiasa untuk jatuh cinta dengan lagu nyanyian sendiri. Itu langkah pertama sebelum saya ambil mood menyerap emosi ketika lagu baru dirakamkan atau saat membuat persembahan.
“Tak kenal maka tak cinta. Malah, peluang bekerjasama dengan komposer sedia ada dan yang baru juga menjadi ruang terbaik untuk saya mencabar diri dan terus belajar menyanyi.
Ads
“Lebih 10 tahun jadi artis bukan alasan untuk saya terus memeluk tubuh dan rasa selesa dengan apa yang ada. Saya terbuka dengan apa saja yang boleh memberi pembelajaran baru dalam diri.
Dalam perkembangan lain, Adira juga sejak awal tahun ini menceburi perniagaan menjual barangan ‘bundle’ dan vintaj.
“Saya selesa mencuba nasib dalam bidang baru ini. Malah, kemungkinan saya akan buat siaran langsung menjual barang di laman sosial. Tak perlu malu pun, janji rezeki halal. Tak kisahlah siapapun kita.
“Di saat kita diuji dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dan melibatkan diri dengan pelbagai perniagaan alternatif untuk bangkit semula meneruskan survival,” katanya.
Single terbarunya itu bakal esok, 25 Disember 2020 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KK Box dan Deezer pada hari tersebut.
Malah siaran perdana video muzik rasmi single tersebut juga boleh ditonton pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini https://youtu.be/knMLdKVtrQY.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas Dai’ Farhan telah menceraikan isterinya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Erin, pada 27 April lalu.
Pengakuan tersebut dibuat oleh Dr Erin sendiri menerusi salah satu entri di Instagram.
Wanita tersebut antara lain turut memaklumkan, penceraian itu adalah atas permintaan dirinya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama.
Pendedahan tersebut merupakan posting ketiga darinya berhubung hal yang terkait.
“Utk pengetahuan semua pernah sy post pic ni dulu tp sy dipaksa oleh pihak sn jgn post lg kecuali bila dah bercerai dgn ust..dan sy ikut dan hormati permintaan belah sn dan sy delete posting tu.
“Sekarang sy nk tunaikan janji sy dan permintaan pihak sn..pada 11 February lalu sy telah mengizinkan ust utk kembali dgn bekas isteri kerna selepas ust pulang dr ziarah ank2nya.
“Ust ckp pd sy dia tak blh berjauhan dr ank2 dia dan dia kata pihak sn bg syarat dia nk dpt duduk dgn ank2 blk adalah dgn menceraikan sy sbb mertua dia xkn bg ank dia bermadu.
“Sbb terlalu sygkan ust sy ckp pd ust jom bwk sy blk jmp mak ust dan ex madu sy utk sy sdiri serahkan ust blk pd ex janji ust dpt bersama2 ank2 dia.
“Sy xpe sy redha jika ini ujian sy utk kehilangan org sy syg dr sy tgk org sy syg susah hati rindu ank baik sy mengalah,” jelasnya.
Sementara itu, Erin mengakui ada sahaja hal yang berlaku hingga membuatkan proses untuk berpisah tertunda dan dia tetap nekad dengan keputusan tersebut sehinggalah mendapat perkhabaran hamil baru-baru ini.
“So sejak dr bulan 2 lg sy sudah tidak mengharapkan apa2 dr ust just tunggu ms nk diceraikan je..dr bulan 2 nk cerai ada je mslh dtg tertunda tunda smp la sy mmg nekad nk akhiri pd bln ramadhan ni demi kebaikan semua.
“Tapi dh tahu pregnant plak..tp sy nekad dgn keputusan sy utk akhirinya jg.. Utk pengetahuan semua ust telah pun melafazkan cerai pd sy pd 27hb april selepas sy sendiri meminta utk dilepaskan.
“Sy yakin ini yg terbaik utk kami ber3. Kerna sy tahu pihak sn jg tak blh move on.
“Perceraian ni sy yg minta sbb sy dh penat dgn episod Kjp kata nk rujuk sana n nk ceraikan sy, kjp tak jd cerai sy n nk pujuk sana utk bermadu dgn sy. Kjp nk cerai balik.
“Sy tau ust pun serba salah. Krn itu sy memilih utk diceraikan dgn rela,” dedahnya.
Dr Erin juga meminta untuk tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas berkenaan dan turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan.
“Jd sy harap selepas ni tlg jgn kaitkan lg ust dgn sy. Apa2 yg sy buat atau sy post adalah atas diri sy sendiri yg hina ini yg br nk dpt hidayah ni sememangnya tak layak dgn golongan agamawan2 dan jgn dikaitkan apa2 dgn ust biarla ust jalani kehidupan dia seperti biasa dgn ketenangan dan kebaikan.
“Akhir kata sy ingin meminta maaf kpd sesiapa yg terguris hati n terkesan atas pernikahan sy dgn ust.
“Sy tk minta jd mcm ni. Sy terima lamaran ust dulu krn ilmu agama n kebaikan yg sy nampak dlm diri ust masa tu n sy sgt berharap ust boleh membawa sy ke syurga,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan ini pernah mencuri perhatian ramai apabila Nik Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad mengumumkan telah berkahwin dengan ibu tunggal anak lapan di Mekah, sekali gus mencetuskan sensasi di media sosial.
Nik Farhan kemudiannya menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dengan talak satu.
Difahamkan, perceraian itu dilafazkan menerusi aplikasi WhatApps Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Dr Erin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.
Menghormati akan jasanya itu, Neelofa mengakui Sharnaaz mengorbankan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan isi masa bersama anak tunggal mereka meski sudah tidak tinggal sebumbung.
Malah baginya juga, perkara itu boleh dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui situasi hampir sama.
“Kes melibatkan mereka sudah berlarutan lama atas situasi semasa yang berlaku. Jadi bila sudah selesai, saya turut bersyukur dan itu merupakan keputusan mereka berdua.
“Pada masa sama, saya merasakan ada hikmah kerana dalam tempoh tersebut (kes mahkamah), hubungan mereka berdua sangat pulih dari segi saling menjaga anak mereka.
“Sharnaaz seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan bila dia sanggup korbankan masa untuk hampir setiap hari datang melawat anaknya.
“Saya rasa perkara itu boleh dijadikan contoh oleh pasangan berpisah,” katanya kepada MH.
Sementara itu, figura terkenal ini juga tidak menafikan apa yang dilakukan aktor berkenaan bukanlah satu perkara mudah dan mengharapkan agar Jebat mampu untuk menghargai jasa si bapa apabila dewasa kelak.
“Saya sendiri adalah daripada keluarga yang bercerai juga dan saya dibesarkan oleh ibu selama beberapa tahun sebelum dia kembali mendirikan rumah tangga.
“Akan tetapi bagi seorang bapa yang bertemu dengan anaknya dengan begitu kerap sekali, ia bukan suatu hal yang mudah.
“Saya harap apabila Jebat sudah dewasa nanti, dia akan menghargai bapanya,” katanya yang kini muncul menerusi program bual bicara terbaru, Next To Neelofa.
Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan tersebut berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.
Pelakon Zara Zya memaklumkan dirinya bakal menjalani beberapa prosedur pembedahan hari ini, selepas didapati mengidap beberapa jenis masalah kesihatan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut pelakon drama Pia itu, dia sebenarnya sudah pun dimasukkan ke hospital sejak dua minggu yang lalu.
“Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan facet joint injection.
“Dah lama saya berkampung di hospital ni. Hampir dua minggu. Pada awalnya hanya ingin buat check up sahaja untuk sakit arthritis.
“Tetapi bersangkutan pula dengan masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.
“Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi Cyst (Bosniak IV) di kidney kiri dan saya juga ada fibroid,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zara turut menitipkan permohonan maaf dan berharap semua pihak mendoakan agar pembedahannya itu berjalan lancar.
“Dengan rendah diri, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal ataupun tidak. Jikalau saya ada menyakiti anda, maafkanlah saya.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ye. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut selain turut mendoakan agar Zara segera diberikan kesembuhan.
“Zara sahabatku sayang. Semoga lancar semuanya, diangkat dosa dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala. Sayang Zara Zya,” komen pengacara, Jihan Muse.
“Wahai adikku, Allah akan kurniakan kesembuhan buatmu. Sayang Zara sangat,” balas pelakon dan penyanyi, Azza Elite.
“Syafakillah, semoga Allah berikan kesembuhan dan hikmah besar buat Zara Zya,” komen pelakon, Lufya Alaana.
“Semoga Allah permudahkan segalanya,” kata pelakon, Norynn Aziz.
Sejak beberapa hari lalu, perkongsian Zara yang memaparkan dirinya sedang dirawat di hospital telah menimbulkan kebimbangan di hati para peminat.
Malah, peminat juga dilihat seperti tidak menyangka Zara mengalami komplikasi kesihatan yang serius.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...