Pelakon Risteena Munim memuat naik kata-kata memohon agar tiada kenyataan dikeluarkan selagi ia bukan daripada dirinya. Malah dia menegaskan supaya tidak hanya mendengar sebelah pihak bagi mengelakkan spekulasi tidak benar.
Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak menyatakan sebarang punca kenyataan tersebut dikongsi.
“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa statement yang tidak keluar dari mulut saya. Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi yang tidak benar. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa hubungan cinta pelakon ini dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah dan perancangan untuk bernikah pada November tahun ini bersempena hari lahir Risteena juga hancur di tengah jalan.
Dan beberapa siri muat naik foto seorang lelaki di Instagram Risteena yang dibayangi ikon cinta merupakan pelakon, Isa Khan.
Foto : Instagram Risteena Munim