Pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 27, melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulung, Muhammad Bilal.
Kata PU Riz, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat, khusus buat permata hatinya bersama isteri, Neelofa.
View this post on Instagram
“Projek ini adalah kerjasama dengan syarikat rakaman Faithful. Lagu berkonsepkan zikir dan selawat ini ditujukan untuk anak saya, Muhammad Bilal. Malah, ada lirik khusus untuk dia.
“Lagu ini dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari termasuk penggambaran video muzik. Kos penerbitan daripada saya.
“Dari segi alunan zikir dan selawat mungkin bunyi tak sempurna. Tapi tak apa, sebab bukan nak suruh orang puji pun.
“Apa yang penting nak suruh orang turut sama mengalunan zikir dan selawat ini selain menghayati mesej disampaikan,” katanya yang baru saja melancarkan pelitup muka edisi Al Khas.
View this post on Instagram
Katanya, rekaan kali ini lebih ringkas yang didatangkan dua warna iaitu putih dan ‘nude’.
“Kita keluarkan 500,000 helai dan alhamdulillah sambutan menggalakkan. Menariknya, edisi Al Khas ini dijual dalam kotak khas yang mengandungi 10 helai pelitup muka, sanitasi tangan dan beg kecil.
“Dengan kualiti yang ada, nak bagi hadiah memang sesuai. Kalau dikirim pos pun kotak masih elok,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/hNmqkJiXUPc
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI