Pengacara dan penyampai radio, Haniff Hamzah akui agak gemuruh saat menerima tawaran untuk mengacarakan acara berprestij, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36.
Menurut Haniff, sepanjang bergelar personaliti TV dan radio, dia belum pernah diberikan tanggungjawab untuk mengacarakan program sebesar ini.
“Ketika minggu pertama di Media Prima dan masih cuba untuk biasakan diri dengan suasana baharu, penerbit TV3 ada jumpa saya dan bagitahu yang dia mahukan saya sebagai hos ABP.
“Lalu, saya kata yang saya nak hoskan karpet merah sahaja. Saya tidak pernah diberikan peluang di pentas sebesar ini. Kalau ada pun, tak semegah ini.
“Awalnya memang saya panik tapi penerbit bagitahu yang saya akan digandingkan dengan Didie Alias.
“Kami pernah bekerjasama untuk beberapa projek sebelum ini. Jadi, saya faham cara kerja Didie Alias,” katanya kepada MH.
Ads
Penyampai radio Fly FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam kemuncak Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Haniff menegaskan dirinya sedia menyahut cabaran dan akan melakukan yang terbaik untuk mengemudi acara terbesar tersebut.
“Saya terima tawaran ini dengan hati yang terbuka dan niat untuk belajar. Namun, saya faham ABP ini bukan tempat untuk kita melakukan kesilapan.
“Kalau kita tersilap dan pasangan kita boleh bantu, itu maknanya kita ada keserasian yang baik. Saya masih tak sangka bila dipilih.
Ads
“Kawan-kawan lain seperti Johan dan Radin sudah pernah tercalon dan menang di ABP. Saya hanya mampu tengok di TV. Dijemput pun tak pernah.
“Kali ini, terus dipilih jadi hos. Saya akui agak takut sedikit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Haniff akui dirinya dapat melebarkan sayap dan menerima lebih banyak peluang sejak berhijrah ke stesen radio yang baharu.
Ads
“Saya pun tak tahu kenapa? Mungkin sebelum ini selalu dibayangi individu lebih besar. Namun, saya sentiasa percaya kepada rezeki. Tugas saya bukanlah untuk menjadi bintang di stesen radio.
“Tugas saya yang sebenarnya adalah untuk jadikan orang lain bintang. Itulah tugas saya dari awal.
“Ketika saya dan Ray jadi penyampai, tugas kami adalah untuk back up Pak Nil. Kami sudah dilatih untuk buat program radio itu gempak. Caranya adalah dengan jadikan individu bintang itu gempak,” akhirinya
Terdahulu, Hanif bakal mengacarakan ABP36 bersama dua orang rakan pengacara iaitu Didie Alias dan Riena Diana
ABP36 bakal berlangsung berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 11 Oktober depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Dayang Nurfaizah telah membuat persembahan di majlis Dunia Tanpa Wanita anjuran Mingguan Wanita di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, semalam.
Lalu, MH berkesempatan menemu bual penyanyi asal Kuching, Sarawak, ini perihal sisi peribadi.
Pastinya, ia berkisar mengenai soal jodoh dan kekasih hati.
“Saya pun selalu bertanya dengan diri saya sendiri tapi yang itu susahlah nak cakap, InsyaAllah doa-doakan dan harapkan peminat semua doakan yang terbaik buat Dayang lah.”
“Belum lagi, tengah tunggu”kata Dayang.
Di samping itu, penyanyi yang berusia 37 tahun itu telah berkata mengenai ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan suami.
“Ini soalan yang paling susah sebab kalau orang nak cakap nak ciri-ciri yang baik dan sebagainya, semua wanita nak”
“Tapi bagi Dayang, kerjaya Dayang, Dayang nak seseorang yang lebih memahami Dayang.”kongsi Dayang.
Kini, Dayang sedang sibuk membuat persiapan untuk Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung pada 21 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Cat Farish yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Shikin Maembong dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak Kuala Lumpur tepat jam 9.07 malam.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh
Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur Mohd Shukri Hj Shafie dan disaksikan oleh wali yang juga merupakan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Dalam majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli
menyerahkan mas kahwin RM200 dan sebentuk cincin.
Sementara itu, Cat turut memberi tiga dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Terdahulu, Cat pernah berumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai, pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi di Bukit Jelutong pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian video yang dikongsikan di TikTok mencuri perhatian apabila ia memaparkan figura Datuk Syafinaz Selamat yang didakwa bakal terlibat di dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) musim terbaru.
Menerusi video yang dimuat naik ke akaun TikTok peminat juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu @Datuk SyafinazFANS, ia antara mengumumkan Syafinaz sebagai kapten kepada ATNM 2.
Menerusi video tersebut, Elly Mazlein telah memperkenalkan Syafinaz sebagai kapten ketika menjadi hos di acara Astro Showcase Party yang diadakan baru-baru ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendali 49 selebriti yang menjadi juri nanti,” kata Syafinaz.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, jangan ketinggalan untuk menonton ANTM 2, Disember depan.
Terdahulu, program realiti berkenaan menjadi antara platform terbuka kepada semua untuk menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian yang dinilai oleh 50 selebriti popular pelbagai cabang seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!