Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh yang secara terbuka berkongsi pengalaman mereka saat ditahan reman Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Menurut Rita, perkara seperti itu tidak sepatutnya diceritakan dengan bangga kepada pihak umum kerana bimbang ia akan memberikan pengaruh tidak baik kepada masyarakat.
“Macam mana nak cakap ya? Jangan jadikan kena gari itu normal. Kalau saya dulu jalani penggambaran kena gari dan masuk bilik akhir hukuman gantung, itu adalah pengalaman untuk saya rasa.
“Tak payah ulas. Nanti ada yang tak boleh berfikir dan anggap kena gari dan tangkap ni seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Mami Junior itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Rita turut menyelar tindakan segelintir pihak yang sanggup menggunakan agama atau aktiviti kebajikan hanya untuk menutup kesilapan yang telah dilakukan.
“Kadang-kadang nak tutup malu dan salah, mulalah nak terangkan panjang-panjang. Tiba-tiba teringat nak buat doa selamat dan nak berbakti kepada anak-anak yatim.
“Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mulalah menunggang apa yang boleh ditunggang. Hati meronta-ronta nak buat sesi siarang langsung, kongsi kalimat-kalimat suci dan macam-macam lagi.
“Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri,” ujarnya lagi.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menyarankan mereka yang ada melakukan kesilapan untuk berdiam diri dan tidak melakukan perkara yang boleh menjurus kepada masalah lain.
“Memang susah nak puaskan hati orang dan tak perlu pun. Lebih baik diam supaya tidak timbul isu-isu baru yang boleh buat orang marah, rasa jengkel, salah faham dan apa-apa sahajalah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Dewi Remaja 2018/19 yang kini bergelar pelakon, Anna Jobling tidak sangka apabila namanya tersenarai sebagai antara personaliti tempatan dengan carian tertinggi di Google, pada tahun ini.
Anna, 22, yang berada di posisi ketujuh di dalam senarai berkenaan tidak menafikan, kejayaan drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini menjadi faktor utama namanya menjadi perhatian di media sosial.
“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.
“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya. Selain itu sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara buat saya terharu,” katanya.
Bintang berdarah kacukan ini turut menambah, dia tidak pernah terfikir untuk berada pada tahap sekarang.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya.
“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.
“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya. InshaAllah untuk tahun 2023 ini,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi data yang dikongsikan Google, carian tertinggi personaliti tempatan di Google Malaysia ialah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti Zalina Azman.
Bekas personaliti televisyen itu mendapat perhatian susulan misteri kehilangannya sejak lebih setahun lalu didedahkan media.
Selain Anna dan Zalina, figura lain yang turut tersenarai dalam carta 10 teratas termasuk Nik Adam Mika dan penyanyi Yasin Sulaiman di tangga ke-10.
Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kembali kenangan sewaktu novel mengenai dirinya, berjudul ‘Peribadi, Kerjaya & Masa Depan’ diterbitkan sekitar 15 tahun lalu.
Malah, penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut berkongsi foto muka depan novel tersebut menerusi Instagram.
Kongsinya Nourul, foto berkenaan sebearnya telah dikirimkan salah seorang peminat yang masih menyimpan buku novel tersebut sehingga kini.
“Buku novel peribadi, kerjaya dan masa depan. Salah seorang fans kami hantaq. Thanks dear. Alaaa lupa sapa nama dia. Nanti tulis kat komen.
“Buku ni diedarkan oleh @kumpulan_media_karangkraf Keluar tahun 2007. Cerita satu chapter dalam kehidupan kami.
“Alhamdulillah masih ada yang simpan. Kalau nak baca boleh pi ke blog kami. Ada semua di situ,” tulisnya.
Nourul juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah sentiasa menyokong kerjaya seninya dari dahulu sehingga kini.
“Thank you semua di atas kasih sayang selama kita kenal. I appreciate everyone of you.
“Kita dilahirkan atas dasar cinta. Dan kita harus memanjangkan cinta. #spreadlove. #grateful #nouruldepp,” tulisnya lagi.
Pelakon Edika Yusof sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri pada jam 10.40 pagi, Isnin.
Lafaz tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah...