Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad akui dirinya tidak memilih dalam soal pemilihan jodoh sementelah usianya kini kian matang.
Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad juga berkata kepada MH, dia tiada kuasa untuk menolak takdir dan ketentuan Ilahi.
Malah, pelakon berusia 35 tahun ini menyifatkan, seandainya ada jodoh bersama bukan lelaki bujang, dia sebolehnya cuba terima dengan hati terbuka.
“Sejujurnya, saya masih belum bertemu lagi jodoh sesuai. Nak dikatakan diri ini seorang yang memilih, tidak juga sebenarnya.
“Cuma bagi saya dalam suatu perhubungan hal terpenting adalah komunikasi yang baik.
“Sekiranya saya dijodohkan bersama seorang lelaki duda pun salahnya. Jika lelaki tersebut benar-benar mencintai diri ini.
“Saya tak kisah andai memang itu yang telah ditakdirkan untuk saya.
“Apa yang dijodohkan buat diri saya dariNya, saya terima,” kata Sherry yang sebolehnya cuma untuk elak dari berkenalan dengan hak milik orang.
Dalam perkembangan lain, Sherry kini berjinak-jinak menceburi dalam bidang penerbitan.
Malah bintang ini turut melancarkan sebuah filem televisyen berjudul GENG di Pavilion, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kongsi Sherry, untuk menjadi seorang penerbit bukan suatu perkara yang mudah dan sangat mencabar.
“Untuk menjadi seorang penerbit bukan satu perkara yang mudah dan sangat mencabar bagi saya.
“Dari segi kekangan masa dan sebagainya merupakan cabaran pada saya sebagai salah orang penerbit untuk projek sebegini.
“Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” kongsi Sherry optimis.
Turut sama terlibat di dalam siri tersebut ialah Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Hisham Hamid, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Ia bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 18 Julai ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bermula Dengan Perniagaan Kasut Secara Kecil-Kecilan Di Rumah…,” – Atas Sukses, Neelofa Terima Influencer Awards 2019 Monaco
Usahawan dan hos terkenal, Neelofa sekali menjadi perhatian apabila pengasas Naelofar itu menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, pada Ahad.
Merakamkan rasa terharu, Neelofa menjelaskan dirinya berasa sangat teruja apabila diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih juri berpengapaman.
Malah, setiap barisan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.
Menurutnya lagi, bisnes hijab yang diusahakannya sejak 2014 serta prioritinya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuk buatnya mengembara seterusnya memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.
“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” terang Lofa optimis.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Foto: Naelofar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Tonsil Kronik, Bengkak & Bernanah…,” – 3 Minggu Tahan Sakit, Tyzo Xander Kini Sembuh Selepas Jalani Pembedahan
Baru-baru ini, penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pakar swasta bagi menjalani pembedahan tonsil sudah sembuh dan boleh bekerja seperti biasa.
Tyzo menceritakan pengalaman sepanjang dia mendapatkan rawatan di pusat perubatan terbabit bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Lebih 2 mingu tarung sakit, 3 kali ulang alik klinik panel, 2 kali ke hospital, Alhamdulillah dapat keluar wad.
“Masuk bilik bedah 10 malam, serik dah. Sakit cucuk antibiotic tambah2 bila tak jumpa urat dan ubat tak masuk. Aduhhh Tapi layanan SUPERB,” tulisnya.
Dia pada masa ssma turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang tempoh tiga minggu dia menjalani rawatan.
“Terima kasih Dr Pakar Hospital @avisenaspecialisthospital Shah Alam, Dato Dr Razak, seluruh kakitangan Bilik Bedah, Manager wad Suite, Siti, Nurul Izah serta semua misi, Isolation Ward, Akila dan lain-lain.
“Terutama Hafiz yang banyak bantu, layan saya waktu sakit sampai bilik bedah dan keluar pukul 2 pagi. Siap carikan bantal busuk saya yang tertinggal. Saya sangat terharu HAFIZ #fyp,” tulisnya lagi.
Menurut Tyzo, dia mengalami masalah sakit tonsil kronik dan pembedahan terpaksa dijalankan.
“Saya sudah sakit tonsil ni hampir tiga minggu. Tetapi ketika minggu pertama sakit tu, saya tidak ambil peduli dan hanya pergi dapatkan rawatan di klinik panel.
“Selepas seminggu saya makan ubat antibiotik, masih tidak ada kesan lalu saya terus pergi ke hospital untuk lakukan pemeriksaan lanjut.
“Sebenarnya, saya kena sakit tonsil yang sangat kronik, bengkak dan bernanah di bahagian dalam yang tidak boleh pecah. Akhirnya saya terpaksa jalani pembedahan atas saranan doktor di hospital,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tyzo Xander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seram! Bonda Rozita Dedah Ada Pihak Mahu Bunuhnya Cara Halus, Hantar 6 Jin Dalam Badan Berusia 175 Tahun
Ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim ada berkongsi videonya berubat di Instagram akibat sihir.
Difahamkan, Rozita atau lebih sinonim disapa sebagai Bonda Rozita itu telah disihir enam jin di dalam badan.
Kongsinya, dia tidak sangka ada pihak yang cuba berbuat demikian akibat dengki dan sanggup menghantar sihir untuk mengakhiri hayat seseorang.
“Sihir utk bunuh sy secara halus 6 jin dihantar dlm badan sy berusia 175 tahun ( pesakit xleh kontrol diri masa tu wlu zikir dm hati sbb jin tu sakit dn panas akn bersoal jawab dgn mualij).
“Video full kat you tube sy Rozita ibrahim, selepas rukyah jin tu akn cakap melalui pesakit dgn mood berbeza2 ..Sy tunjuk diri sy wlu sy boleh ambik ramai testimoni sebenarnya tp xnak buka aib orang.
“Ahad lepas kami Test Mualij , Staf dn sy pun xtahan masa tu staf & sy x bangun sampai hari ni muntah dn kelaur darah. Suami sy merata ubat org sampai dok Australia pun panggil ( suami sy dh x aktif mcm dulu sekadar bantu org saja ..wlupun rukyah dia sangat ramai yg suka)
“Istilah ganguan frequency negative ialah ganguan makhluk halus menyebabkan Roh sakit > ( sbb kita xjaga amal atau terlebih ketawa, khayal sedih itu x dibolehkan ) dan roh disakiti > ( disihir atau dikuasai oleh saka keturunan , makhluk hinggap jin asyik dn sebagainya).
“2 benda berbeza antara Jasad ( nampak dr segi logik akal ) dn roh ( xnampak logik akal manusia ) ..yg kendali atau drive badan mansia ialah roh sbb tu roh perlukan makanan dn kekuatan..Ada penyakit yg blh dilihat dgn mata kasar dn penyakit yg x blh dilihat dgn mata kasar.. Al Quran menceritakan semua ttg roh dn ubat pd penyakit manusia..Kebesaran Ilmu Allah luas xtercapai dek akal jugak pun.
“Nak cari testimoni utk perubatan islam mmg sy x sampai hati nk tunjuk orng punya, selama ini sgt byk bila suami sy buat rawatan xnak mengaib kan org.
“Ahad lepas sebenarnya adalah menguji mualij dn kebetulan sy dn qistina mmg ada gangguan benda tu kasi kesan pd kami ( bukan lakunan ya).
“Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dgn zikrullah.. bila kita terleka walau sekejap pun.. benda itu akan menghancurkan bdn.. walaupun org itu hafaz Al Quran.. imam besar sekali pun.. tetap diganggu dn disihir,” tulisnya panjang lebar.
Malah tulis Bonda Rozita lagi, perbuatan syirik seperti itu tidak dapat dihidu oleh undang-undang dan siasatan poIis dan ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
“Kalau kita lihat kpd sejarah Rasulullah SAW pun di sihir.. zaman skrg mmg modern.. tapi terlalu ramai org kembali kpd sifat jahiliah.. dengki yg sanggup merosakkan kehidupan org lain.. matikan org pun sanggup sbb x dpt dikesan dek undang2 dn polis,” maklumnya.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Foto: Instagram Bonda Rozita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI