Dikata ‘Ikan Iblis’, Cekung Macam Tak Ada Zat, Ini Respon Paling Win Amyza Aznan!

Share

Pelakon Amyza Aznan awal semalam ada memuat naik komen seorang pengguna media sosial yang difahamkan menyindir fizikal pelakon berkenaan.

Memberikan reaksi secara bersahaja dan seloroh, bintang berkenaan memberikan reaks, apatah lagi apabila digelar sebagai ‘Ikan Iblis’!

“Ye la.mmg betul,cantiknyaaà awak ye. Suka teknik kening.. lipstick awak… eye shadow..wow sangat. Ni kompom teknik terbaru ni,awak kata awak makeup consultant.

“Nanti nak suruh dia makeup kan cik gayah samaaaaa macam ni. CIK GAYAH HAVE HAVE SUKAAAAA LAAAAAA,” reaksi Amyza seperti yang dipetik menerusi ruangan kapsyen.

Lalu, ada rakan artis dan peminat yang terhibur kerana rata-ratanya keliru sama ada ia disamakan dengan ‘Ikan Bilis’ atau memang mahu ditaip kepada’Ikan Iblis’.

Yang penting, Amyza jawab dengan selamba dan sporting jer…

Foto: Instagram Amyza Aznan

Published by
Rafiq Mazlan