Dikatakan mirip dengan pelakon popular Korea, Lee Dong Wook, pendakwah bebas, PU Azman dilihat seringkali meninggalkan komen di setiap foto yang dimuatnaik artis K-Pop itu.
Malah pengetahuannya dalam industri hiburan Korea boleh tahan hebat, kata netizen, pasti PU Azman merupakan salah seorang K-Poppers tegar Malaysia.
Pendakwah ini juga kerap memuatnaik foto Lee Dong Wook di laman Instagramnya sehingga netizen menyangka ia adalah PU Azman.
Lihat sahaja komen-komen nakal yang ditulis pendakwah ini di ruangan komen pelakon Touch Your Heart. Ada segelintir netizen mengatakan mereka mengikuti pelakon lelaki itu semata-mata untuk melihat komen lucu PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 37.
Ads
Foto – Instagram Lee Dong Wook & PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mengambil langkah berjaga-jaga berkenaan wabak coronavirus (COVID-19) yang melanda negara kini.
Jabir, 20, turut menasihati agar masyarakat perlu menitikberatkan soal kesihatan dan berkongsi beberapa tips berdepan dengan situasi sedemikian.
“Assaalamualaikum, Jabir nak cerita sikit pasal coronavirus, ia adalah satu penyakit yang sangat bahaya terutama untuk golongan tua dan yang ada penyakit kronik.
“Jadi, untuk orang-orang muda, Insyallah tak ada masalah. Tapi kita bahaya apabila kita terjangkit dengan coronavirus.
“Kita akan bawak benda tu jumpa orang tua dan orang tua itu jadi mangsa coronavirus.
“Jadi, Jabir nak sarankan kepada mereka diluar sana, tolong jaga dan berhati-hati sebab benda ini sangat senang untuk merebak.
“Apabila seorang yang kena, satu keluarga akan kena, kemudian jiran.
“Orang yang hantar pesakit ke hospital pun akan dapat penyakit ini dan ia sangat senang untuk merebak. Oleh itu, korang kena berhati-hati.
“Di Itali, dalam masa dua minggu satu negara kena lockdown, maksudnya kalau tak lockdown sistem negara akan hancur.
“Jabir bukan nak suruh korang panik, tapi please take extreme precautions,” katanya sambil merakam video berdurasi kira-kira seminit itu.
Semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada April tahun lalu, pelakon Along Eyzendy kini mengorak langkah ingin kembali aktif dalam bidang seni.
Along atau nama sebenar, Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, berkata walaupun begitu ada satu perkara yang perlu dititikberatkan iaitu dia tidak boleh sama sekali terlibat dalam babak melibatkan pelakon lain perlu memukul dirinya.
“Ramai bertanya saya dah sihat ke, dah boleh berlakon ke? InsyaAllah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.
“Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya sebab takut ia boleh memberi tekanan pada badan,” katanya kepada MH.
Along ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kisah Along mendapat perhatian selepas isterinya, Hamidah Mohd Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya kepada suaminya.
Meskipun sudah kembali aktif, namun Along berkata dia perlu sentiasa berhati-hati dalam langkahnya agar tidak timbul sebarang komplikasi di kemudian hari.
“Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan, saya sudah mula masuk set penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.
“Ikutkan hati saya nak redah sahaja tapi disebabkan badah dah tak berapa kuat.
“Kalau tak cukup tidur saya akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan,” katanya lagi.
Teater Nyonya yang menampilkan Along bersama gandingan pelakon seperti Zera Hariz, Liza Abdullah, Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil dan Deera Amin bakal dipentaskan pada 15 dan 16 Oktober ini di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Yuna, menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengganggap dirinya kini sedang hamil gara-gara memuat naik sebuah foto yang memperlihatkan dirinya seakan-akan mempunyai ‘baby bump’.
Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, dia berharap agar orang ramai dapat menghentikan budaya menitipkan ucapan tahniah untuk sesuatu perkara masih yang belum pasti lebih-lebih lagi bila melibatkan isu sensitif.
Katanya lagi, pada ketika itu, perutnya kelihatan sedikit berisi kerana dia baru sahaja selesai makan tengah hari.
“Had to repost this again minus all the misleading comments from yall. Im not pregnant yet, that was just my lunch tummy. Keep praying tho! Thanks!
“Also maybe avoid leaving comments like “omg congrats!!!” without any confirmation on someone’s photos,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Crush itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Yuna turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat diri dan juga keluarganya.
“It might be sensitive for those who are trying, those who are not in a position to have a baby, those are still finding stability before bringing a human into the world.
“Much love and ramadan kareem, may we all be better people moving forward,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Yuna turut dilihat ada menitipkan ucapan buat para pengiktnya bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Yuna dan juga suami.
Untuk rekod, Yuna telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Sinclair yang juga adik kepada arwah pelakon Ashraf Sinclair pada 26 Januari 2018 di Bentong, Pahang.
Sumber: Instagram Yuna & Adam Sinclair
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...