Sepanjang tahun ini, pelbagai ragam dan gelagat selebriti menarik perhatian ramai sehingga mencetus viral.
Malah, dek isu yang timbul, pelbagai kata-kata dan macam-macam gelaran diberikan netizen.
Jadi, MH senaraikan antara selebriti yang penah terpalit isu sepanjang tahun ini.
1. Intan Najuwa
Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu telah menjadi viral apabila sepotong video mula tersebar di media sosial.
Mana tidaknya, isu mengenai tidak tahu mengisi minyak petrol tercetus apabila pembantu peribadinya mengambil cuti.
Lalu, dia terpaksa mengisinya sendiri dan berasa sengsara, memandangkan dia tidak tahu mengisi minyak petrol.
Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadamkan pelakon cantik itu.
2. Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff pernah terpalit konflik bersama bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza apabila dia secara terang-terangan mahu menuntut hutang menerusi media sosial terhadap aktor itu.
Pada masa sama, pelakon Sharifah Sakinah dan Michael Ang tampil mempertahankan Aiman.
3. Iqram Dinzly
Popular dengan drama Dunia Baru 2009, pelakon Iqram Dinzly sering membuat Live di Instagram dengan kelakuannya yang pelik, termasuk simbol-simbol berbaur ‘nakal’.
Malah, gelagatnya itu turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan sesetengah pengguna media sosial.
4. Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah dikatakan tidak sensitif dengan kematian Jonghyun pada awal Disember, hingga berlarutan awal tahun ini.
Difahamkan, kematian Jonghyun disebabkan mengalami masalah depresi. Sakinah secara profesional telah memohon maaf atas khilafnya itu.
5. Zarina Anjoulie
Zarina pernah menuntut hutang dari penyanyi, Ismail Izzani apabila difahamkan penyanyi lagu Luar Biasa itu meminjam wang daripada Zarina untuk menginap di sebuah hotel.
Foto: Carian Google