Meraikan golongan susah di Kemboja menerusi Misi Dapur Kaseh Buat Kemboja, Noh Salleh berkongsi rezeki bersama golongan asnaf yang terdiri daripada umat Islam di sana.
Bagaimanapun, dalam pada usaha mengajak masyarakat turut sama menyelami kesusahan individu lain ada yang juga netizen yang menyarankan agar dia tidak memuat naik amal yang dilakukan di laman sosial kerana bimbang dikata riak.
“Di Sandakan ada satu tempat dinamakan kg Sampah. Bila Noh Salleh ingin ke sana. Buat amal..tak perlu viralkan ! Takut orang kata RIAK !!!”
Ya, jawapan balas vokalis Hujan ini memang padu habis.
Jelas Noh, jika misi kemanusiaan ini tidak ditularkan, bagaimana mahu mendapat sumbangan derma daripada orang ramai.
“Kau kata tak nak riak tapi tulis kt ruang komen, baik kau DM je. Situ dah nampak mcm nak konon2 humble taknak viral x riak. Tapi kau suruh buat amal. Pastu duit nak dapat darimana? Duit kau?”
“Day 1 selesai. الحمد لله. semua atas bantuan donation anda, repost anda, dan jangan lupa, doa doa anda. maknanya Allah makbulkan إن شاء الله. terima kasih semua donatur yg di sayangi.
@abuhnfhhh
“10 Mei 2019, 1:30AM.
Alhamdulillah,
Misi Dapur Kaseh Kemboja, hari ke-2.
Dalam Rezeki Kita Ada Hak Mereka
Ramadan tiba menyemai rasa kasih dan sayang antara insan tanpa sedar. Inilah kehebatan Ramadan menjentik jiwa dan rasa untuk saling berkongsi biarpun hanya sedikit.
Tiada siapa dapat menjamin setiap apa yang dimilikinya akan terus kekal menjadi miliknya. Tiada siapa menyangka rezeki yang diperolehinya rupanya adalah hak orang lain.
Percaturan Allah SWT membina sifat saling membantu, bermula dengan melihat penderitaan dan kesusahan orang lain, hati kita dihadirkan rasa tanggungjawab membantu kemudian kita dekati mereka serta selami kehidupan mereka.
Andai pakaian kita penuh sehingga tidak mencukupi tempat untuk disimpan tetapi pakaian mereka hanya mencukupi untuk dipakai sehari sehaja.
Andai makanan berbuka kita memenuhi ruang meja tetapi makanan berbuka mereka tidak mampu memenuhi perut mereka hanya sekadar untuk beralas sahaja.
Andai rumah kita lengkap dengan segala keperluan untuk ahli keluarga namun rumah mereka sepi dari keperluan bahkan tempat makan, tidur, belajar, bermain dan segalanya adalah ruangan yang sama.
Lapar mereka bukan pada Ramadan sahaja tetapi sepanjang masa dan ketika. Inilah masa kita tanamkan rasa kebersamaan membantu mereka seadanya.
Saat kita memberikan pertolongan dan bantuan pada mereka biar tidak terungkap derita mereka namun pastinya mata mereka akan berkaca tanda gembira atas bukti kongsi bersama atau hiba saat memerlukan ada insan sudi berkongsi rezeki kurniaan Maha Pencipta.
—4 Ramadhan 1440H
#misidapurkasehbuatkemboja #misidapurkaseh #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #muhasabahbersama #muhasabah #explorecambodia #myhopehero #bekindmove #volunteeringtripmalaysia #bekindlivekind #ramadhan #ramadhankareem #buatbaikhidupbaik,” tulisnya panjang lebar.
Kadang kala perkongsian perbuatan amal kebajikan itu bukanlah untuk mendapat pujian, namun ianya untuk mengalakkan yang lain untuk turut sama membantu.
Foto : Instagram Noh Salleh