Semalam pelakon dan usahawan telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin yang ke-35. Majlis serba glamor dengan dominasi rona keemasan itu telah diadakan di sebuah kafe di ibu negara.
Lalu seperti biasa, Rozita atau lebih sinonim dipanggil Che Ta berkongsi gambar menarik sekitar majlis.
Malah menerusi setiap foto yang dimuat naik, ada sahaja pujian dan pandangan pelbagai yang ditinggalkan menerusi ruangan komen.
Satu yang menarik perhatian ialah apabila pelakon Kak Marr itu dikatakan sebagai seorang wanita cantik sempurna. Lalu, Che Ta dilihat turut balas komen yang diberikan individu tersebut dengan jawapan;
Ads
“Mana ada yang sempurna sayangku,” jawab Che Ta Ringkas.
Bagaimanapun, tidak dinafikan gaun emas sarat perincian rekaan Syafieq Ayman yang digayakan Che Ta pada majlis berkenaan dengan anggun dan menawan.
Apapun, jom ikuti beberapa foto menarik sekitar majlis yang turut dihadiri rakan artis dan ahli keluarganya itu.
Perjalanan kumpulan Nik Qistina & DP Fam dalam program realiti tarian Dansa Dan Sing berakhir selepas tersingkir di konsert minggu ketiga, pada Ahad.
Program hiburan tarian dan nyanyian itu bersiaran secara langsung dari dewan MBSA,Shah Alam di Astro Ria dan Ria HD.
Kali ini, para peserta telah diberikan tema ‘Vice Versa Irama’ di mana para peserta diberi cabaran menukar susun atur irama dan melodi lagu kepada rentak berlawanan.
Apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir, Qistina meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian mereka sekimpulan meski gagal mara ke peringkat seterusnya.
“Dari semalam banyak dugaan yang berlaku pada saya dan salah satu sebab saya tersingkir malam ini kerana saya sangat gementar.
“Selain itu, kesihatan saya kurang baik hari ini sebab saya demam, selsema dan batuk tapi itu bukan satu alasan untuk diri saya.
“Tapi secara keseluruhannya saya rasa sangat bersyukur walaupun tersingkir sebab kumpulan saya sangat menakjubkan.
“Saya bukan seorang penari yang profesional dan pertama kali memasuki pertandingan tarian memang ada banyak dugaan dan cabaran.
“Ini merupakan satu pengalaman yang berharga sebab saya tak pernah menari secara serius sebelum ini.
“Terinat kasih kepada pihak Astro kerana memberikan saya peluang ini tapi rezeki saya setakat ini sahaja, InsyaAllah mungkin rezeki yang lebih di masa akan datang,” katanya kepada media.
Selain Nik Qistina & DP Fam dua peserta lain yang mengumpul markah terendah di ialah kumpulan Arja & The Pirates dan Atilia Haron, Yasmin Hani & The Lola.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah hampir 15 tahun usia lagenda filem Puteri Gunung Ledang (PGL) ditayangkan termasuk dipersembah dalam versi teater, namun ia nyata masih mekar dalam ingatan para pencintanya.
Filem yang pernah mencipta fenomena ini pernah dipentaskan beberapa kali bermula sekitar tahun 2006 dulu.
Menurut pengarah dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, bintang ini memaklumkan dia bakal mengadakan teater muzikal PGL edisi terkini, Julai tahun hadapan.
Kongsi pengarah berusia 52 tahun ini lagi, teater muzikal ini diadakan bagi mengubati rindu penonton yang masih berminat untuk menonton kembali pementasan kisah lagenda berkenaan.
Bagaimanapun, Tiara akui untuk merealisasikan pementasan ini bukan satu perkara mudah.
“Memang tertekan hampir setiap hari menjadi igauan sebab kita tak tahu macam mana orang akan bandingkan ia. Akan tetapi, saya harap penonton akan menerima dengan baik.
“Kita pun kena move on…saya pun tak akan sampai umur 70 tahun pun nak jadi puteri lagi kan? Tapi saya rasa wajar untuk cerita Puteri Gunung Ledang ini diceritakan turun temurun.
“Bersama pelakon baru supaya ia segar sentiasa untuk genarasi muda. Bagi yang dah menonton dulu misalnya, mereka akan bawa pula anak-anak untuk tonton PGL versi baru supaya lagendanya akan berterusan.
“Supaya anak-anak kita membesar tidak sahaja kenal Cinderella, Moana…” kongsi Tiara bersama MH.
Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia kini rancak mencari pelapis pelakon baru untuk memegang watak Puteri dan Hang Jebat dalam pementasan berkenaan.
“Kita buka uji bakat untuk semua dan kepada yang bergelar pelakon ataupun penyanyi digalakkan sebab ini merupakan peluang satu dalam seribu.
“Saya harap semua tak segan silu untuk cuba kalau tak bila lagi you nak berlakon jadi Hang Tuah atau Puteri.
“Terbuka sama ada pelakon lama atau baru asalnya boleh ‘fit’ dengan wataknya” katanya lagi.
Terdahulu, Tiara ditemui di Trusmuda Hall, MaTiC, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sekadar informasi, sesi uji bakat bakal dijalankan secara online menerusi laman media sosial Instagram rasmi, @enfinitimy.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka akui perasaannya agak bercampur baur menjelang pertarungannya bersama lagenda World Wrestling Entertainment (WWE), Tajiri di APAC Wrestling Premium Live Event, Rise yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.
Menurut Shaukat, dia sememangnya menghormati Tajiri yang sudah pun berkecimpung di dalam sukan ini sejak lebih dua dekad yang lalu.
“Empat tahun yang lalu, saya dah pernah bertarung dengan Tajiri. Tanpa disangkal lagi, Tajiri merupakan salah seorang penggusti kelas cruiserweight terbaik di dunia.
“Dia adalah bekas juara cruiserweight WWE dan bekas juara light heavyweight WWE. Dia merupakan lagenda di kelas yang tersendiri. Pada saya, perlawanan ini bakal menjadi cabaran terbesar buat saya.
“Kami dah pernah bertarung. Saya pernah merasa tendangan dan serangannya, jujur saya katakan, ia bukan sesuatu seronok untuk saya hadapi,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Shaukat yang mempunyai pengalaman bertarung di Amerika Syarikat tetap optimis untuk memberikan segala yang termampu untuk menewaskan Tajiri.
“Kalau anda melihat saya ketika di luar, memang saya nampak seperti orang yang baik dan merendah diri tetapi bila dah masuk gelanggang, saya akan berikan 200 peratus untuk menewaskan Tajiri,” kongsinya lagi.
Shaukat berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media RISE yang berlangsung di Hotel Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Tajiri yang juga merupakan ahli gusti kelahiran Jepun itu turut sempat berseloroh dengan mengatakan pujian Shaukat itu sangat tinggi buat dirinya.
“Saya memang merupakan juara Cruiserweight WWE tapi itu kisah 20 tahun yang lalu. Sekarang saya dah tua. Jadi Shaukat, jangan terlalu bersungguh sangat esok,” katanya.
Dalam pada itu, Shaukat memaklumkan dirinya akan menggunakan segala pengalaman yang telah diperoleh di luar negara untuk menghiburkan para penonton yang hadir.
“Sebagai seorang penghibur dan ahli gusti profesional, misi utama kami adalah untuk bermain dengan emosi penonton. Kita nak buat mereka rasa seronok, sedih dan takut.
“Saya risau sekiranya kami sudah di atas gelanggang nanti, kami tak dapat nak keluarkan emosi penonton. Sama seperti persembahan komedi. Kalau tak kelakar orang tak gelak.
“Namun, saya yakin dengan kebolehan saya dan ahli-ahli gusti yang lain. Kami dah lama berlatih. Pengalaman saya bergusti di luar negara juga akan saya guna pakai,” akhirinya.
Selain perlawanan Shaukat dan Tajiri, RISE juga akan menampil perlawan-perlawanan lain yang turut melibatkan penggusti negara iaitu Pheonix Diana yang akan mementang Yuki Kamifuku bagi merebut gelaran sulung APAC Women Wrestling Champions.
RISE bakal berlangsung selama dua hari di SPACERUBIX, Puchong dan tiket boleh didapati menerusi lawan web ticketcharge.com
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sangka, selepas dimahkotakan sebagai juara pertama America’s Next Top Model (ANTM) pada tahun 2003, kehidupan Adrianne Curry akan berubah sepenuhnya, bukan ke arah...