Pernah bertunang pada 2002, kemudian berpisah pada 2004 dan 18 belas tahun kemudian cinta bertaut kembali apabila mereka mengikat tali pernikahan pada 2022.

Kisah romantis Jennifer Lopez dan Ben Affleck sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Namun baru-baru ini berita mengenai hubungan mereka yang dikatakan semakin renggang menjadi topik hangat.

Menurut laporan portal hiburan Page Six, sumber mereka berkongsi bahawa pasangan tersebut sebenarnya sudah tidak lagi bersama sejak Mac 2024.

Kemuncak isu perpisahan mereka adalah apabila Ben Affleck tidak menghadiri karpet merah MET Gala bersama isterinya itu yang turut berperanan sebagai pengerusi bersama acara itu.

IKLAN

BACA JUGA: Gara-Gara Justin Timberlake Ditahan Polis, Lagu Britney Spears Naik Nombor 1 Dalam Carta iTunes

Selain itu, Ben Affleck turut tidak kelihatan di majlis premier filem terbaharu Jennifer Lopez, Atlas. Jennifer pula kemudiannya menjadi perhatian apabila membatalkan siri jelajahnya dengan memberi faktor keluarga sebagai sebab utama.

IKLAN

Menambah lagi spekulasi perpisahan mereka. Jennifer menyukai hantaran Instagram yang memberi mesej tentang hubungan yang bermasalah sejurus selepas ketidakhadiran Ben di Met Gala.

Hantaran itu berbunyi,”Anda tidak boleh membina hubungan dengan seseorang yang terputus hubungan dengan diri mereka sendiri,”

IKLAN

Petunjuk lain yang menunjukkan bibit perpisahan mereka semakin jelas apabila bulan lalu pasangan ini menyenaraikan rumah mewah mereka untuk dijual.

Kediaman yang terletak di Beverly Hills bernilai $61 juta itu dibeli pada tahun 2023 kira-kira setahun selepas perkahwinan mereka pada 2022.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI