Isteri penyanyi Yonnyboii, Nik Nazira Nariman mengakui dia tidak membaca komen-komen negatif netizen yang dilemparkan berhubung imej terbaharunya yang tidak bertudung.
Nazira, 23, yang juga merupakan seorang pempengaruh dan selebriti media sosial sebelum ini cukup dikenali dengan imej berhijab dan kemunculannya bersama Yonnyboii di sebuah acara hiburan pada Februari lalu telah mencetuskan persoalan netizen mengenai penampilannya yang sudah tidak bertudung.
“Ini bukanlah penampilan baru (tidak bertudung) sebab saya baru bertudung sejak setahun lalu.
“Saya minta doakan sahaja yang baik-baik sebab kita tak tahu dalam setahun atau tahun-tahun akan datang saya mungkin akan jadi lebih baik daripada orang yang mengutuk tu.
Ads
“Mana tahu orang yang kutuk itu pula jadi lebih teruk dari sekarang sebab kita tidak tahu jalan hidup kita,” katanya kepada Media Hiburan.
Nazira ditemui ketika menemani suaminya pada majlis iftar anjuran Universal Music yang berlangsung di pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Bergelar isteri kepada seorang yang dikenali, Nazira mengakui dia sudah bersedia dengan segala kritikan yang diterima kerana secara tidak langsung dia turut menerima tempias populariti suaminya.
“Sebelum saya buat keputusan untuk be public (imej tidak bertudung), saya dah bersedia… jadi saya tidak baca pun komen sebenarnya.
Ads
“Sebolehnya saya cuba untuk elak baca sebab saya tahu kalau baca lagi buat saya sakit hati, so it’s okay.
“Mulut orang kita tak boleh buat apa-apa,” katanya lagi.
Ads
Nazira dan Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang.
Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober tahun lalu selepas sebulan bercinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yonnyboii, Nik Nazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Ernie dan Syamel merupakan Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (2018) menerusi lagu Aku Cinta.
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila ibu serta kakaknya telah selamat menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Universiti Malaya (UM), hari ini.
Dalam pada itu, Uyaina ada berkongsi cerita pengalaman ibu dan kakaknya ketika mengambil vaksin tersebut yang nyata tidak memberikan rasa kesakitan.
“I am so proud of you mom, @farahalwafa She just had her first dose of vaccine at Universiti Malaya with my sister @najlaumairaarshad.
“The best part is when I asked her, “how was the jab?” And she said, “Tak sedar pun kena cucuk. Tahu2 dah habis je. Doktor pun baik sangat.” Alhamdullilah..,” tulisnya.
Bagaimanapun, pengacara rancangan Wanita Hari Ini berasa kecewa apabila dia tidak berjaya mendaftar pengambilan vaksin selepas laman sesawang pendaftaran vaksin tersebut mengalami masalah teknikal.
“Walaupun tadi kecewa lah jugak sebab lama sangat cuba nak register vaccine for diri sendiri, tapi tak lepas2. Dah macam The Hunger Games pulak Harap sangat sistem dapat diperbaiki dan semua orang dapat access kepada vaksin dengan cepat.
“Tapi tetap bersyukur sebab Ummi & kakak saya dah vaccine. Tunggu giliran saya pulak lepas ni Semoga urusan kita semua dipermudahkan aamin #vaccinated,” tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim sabar menanti detik cahaya mata sulung pada usia 41 tahun.
Hasil perkongsian dengan kerabat negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 membuatkan Sarimah teruja dengan kehamilannya itu.
“Took this early morning when i got up and was headed for my workout…:-) Almost 6 months Alhamdulillah..
“So my bump is a really forward type of bump..it is growing in the centre and not the sides so far.. my lower back sakit as a result ..so i do stretches morning and night to ease the strain.. Calf muscles pun sakit sebab weight gain kan..
“Thankfully Pilates has helped keep my core strong kalau idak.. aduhh lagilah merasa..Any tips for lower backache please?
“I still cant believe im gonna be a mummy in July InsyaAllah.. we have so much to organize still.. but we have the names on standby dah,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...