Kadang-kadang MH tak faham netizen ni, kenapa lah suka sangat nak ‘tegur’ salah orang? pasal perkara kecil pun nak dibesarkan.

Kalau sebelum ini, penyanyi Shila Amzah dikritik kerana mempunyai ‘British Accent’ kali ini, pelajar cemerlang 2004, Dr Amalina Bakri pula menjadi mangsa.

Dikecam Kerana ‘English Accent’, Ini Respon Dr Amalina Bakri

Cuma, kali ini salah orang lah kalau nak kritik kerana Amalina kembali membidas ‘individu’ yang memberi ‘teguran berhemah’ tersebut.

“Sungguh kelakar kerana walau apa pun, melayu tak kan boleh lari daripada ‘fake English Accent’ mereka. Tidak kiralah ikonik macam mana pun mereka,” tulis individu tersebut di laman Twitter.

Dia menulis sedemikian sebagai respon ‘Live Session’ Amalina sebelum ini dimana beliau memberikan tips untuk menjadi seorang doktor yang bagus.

Ads

Dikecam Kerana ‘English Accent’, Ini Respon Dr Amalina Bakri

Dikecam Kerana ‘English Accent’, Ini Respon Dr Amalina Bakri

Ads

Bagaimanapun, MH sangat sukakan respon Amalina kepada individu tersebut dengan memberikan jawapan yang sungguh ‘win’.

“‘Accent’ saya? kenapa itu yang merisaukan kamu? ‘Faking an accent?’ Sayang, saya sudah tinggal di sini sejak berumur 17 tahun lagi and sesetengah orang termasuklah saya akan secara natural terikut-ikut dengan ‘accent’ tersebut (ada yang tak).

“Semasa saya tinggal di Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu, loghat saya kedengaran ‘American’ dan itu sebenarnya normal. Kenapa perkara ini harus dibangkitkan ya?” tulisnya.

Sebenarnya, MH tertanya-tanya juga macam mana sebenarnya ‘Malaysian Accent’ itu, apa bunyinya kan?

Ads

Dalam pada itu, ‘tweet’ Amalina mendapat banyak sokongan daripada netizen lain yang mendakwa betul apa yang diperkata oleh doktor muda tersebut.

Dikecam Kerana ‘English Accent’, Ini Respon Dr Amalina Bakri Dikecam Kerana ‘English Accent’, Ini Respon Dr Amalina Bakri

Bagi MH, tak salah menegur tapi kenalah pastikan dahulu ‘background’ orang yang ditegur. Tapi pada pendapat MH sendiri, kita boleh bezakan mereka yang ‘fake accent’ dengan yang ‘real’ punya.

Sumber: Twitter Amalina Bakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI