Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan, 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.
“Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.
“Terima kasih di atas doa anda semua,” tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram kedua miliknya, @miyebersare.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Terdahulu, menerusi akaun Instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.
Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah.
Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mia Sara
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI