Baru-baru ini, penampilan pelakon genit, Ruhainies pada pelancaran produk kosmetik jenama antarabangsa di Bangkok, Thailand, baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai netizen.
Ruhainies seperti yang dipetik BH Online memberitahu, ada di antara pengikutnya di media sosial yang membayangkan baju rona hitam yang dipakainya saling tak tumpah macam nak pergi rumah terbuka saja.
“Mereka (netizen) kata (penampilan) saya macam hendak pergi rumah terbuka. Sedangkan bagi saya, pakaian itu sopan dan tidak berlebih-lebih.
“Ketika itu, saya tidak sibuk lalu sempat membalas komen. Saya tanya kembali pengikut, takkan saya hendak pakai bikini pula? Walaupun saya tidak bertudung, saya tidak seksi.
“Pakai skirt pun sampai paras lutut… Penampilan saya ada hadnya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, ada pengguna Twitter yang turut membuat perbandingan gaya pelakon drama berkenaan dengan dua lagi selebriti yang diundang ke majlis sama.
Mengulas hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Cik Misi berusia 26 tahun itu memberitahu dia selesa menjadi diri sendiri.
“Walaupun saya dikelilingi wanita ‘daring’ dan ‘hot’, tidak bermakna saya perlu ikut penampilan mereka.
“Saya suka melihat mereka yang tampil menawan. Bagi saya, itu terpulang pada kehendak masing-masing. Mereka ada pendirian sendiri, begitu juga saya.
“Misalnya, saya memiliki perniagaan sendiri dan dikelilingi orang yang minum (mengambil alkohol). Tetapi, saya tak perlu ikut cara mereka.
“Benar, ada masanya, imej saya terbabas. Pastinya, ibu saya yang akan menegur,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, adik kepada pelakon Nur Risteena ini bakal muncul menerusi filem Musyrik arahan Arjin Uppal.
Foto: Instagram Ruhaninies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI