Aktor, Redza Rosli menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya tidak versatil kerana sering membawakan watak yang hampir sama dikebanyakkan drama yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Menurut Redza, dia hanya mengikut kehendak pengarah dan setiap watak itu mempunyai peranan yang berbeza.
“Siapa saya untuk menidakkan watak yang diberi. Bila orang berikan tanggungjawab, saya akan cuba bawakannya dengan ikhlas sehingga menjadi.
“Mungkin ada orang berkata watak yang selalu saya bawakan adalan ‘makanan’ saya. Ada yang kata saya tidak versatile. Orang nampak saya bawa watak yang sama sahaja.
“Namun, pada dari sudut hati saya, saya merasakan setiap watak itu berbeza,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Redza turut menjelaskan dirinya tidak mempunyai waktu yang panjang untuk menukar imej kerana tempoh persediaan untuk sesebuah drama itu agak singkat.
Ads
“Ada juga yang menimbulkan isu mengenai penampilan saya. Katanya gaya rambut saya ni sama sahaja untuk setiap watak. Anda semua kena faham, cara kita berkerja tak sama dengan industri seni di luar.
“Di sini, kita ada deadline yang harus dikejar. Saya juga perlu menghormati masa pelakon-pelakon lain terutamanya pelakon senior. Kalau nak menunggu hingga rambut panjang, tak sempat nanti.
“Saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan pihak stesen tv. Kerap kali mereka mahukan saya. Bila kita kejar satu deadline ini, saya diberikan pula tawaran lain sedangkan projek sebelum ini belum tamat lagi.
Ads
“Ada kalanya, saya minta juga sedikit waktu rehat untuk menukar imej demi kebaikkan saya sendiri tapi saya juga faham yang saya perlu menghormati semua pihak,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga mendedahkan dirinya akan tetap berfikir panjang sebelum bersetuju untuk untuk menerima tawaran drama.
“Saya tak kisah ada yang labelkan saya anak emas TV3. Saya hanya memilih naskah yang terbaik. Saya ada menerima tawaran daripada stesen tv lain dan saya pertimbangkan juga.
“Saya akan lihat juga apa kebaikkan sesuatu watak itu buat saya. Apa nilai murni yang penonton akan dapat? Mana yang terbaik saya akan terima.
“Ada kalanya saya dapat watak yang jalan cerita dan dialognya hampir sama. Situasi itu akan buat saya tertekan. Saya jadi mati akal untuk memikirkan tentang pembaharuan.
“Namun, saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik seperti yang pengarah mahukan. Kami akan bertukar idea untuk melihat cara yang terbaik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tasha Manshahar memaklumkan, adalah menjadi satu kewajipan untuk ibu bapa mendaftarkan kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.
Jelasnya, ia untuk merekodkan simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia.
Tambah ibu kepada Muammar Rafiqi ini lagi, dia dapat menghela nafas lega apabila proses pendaftaran anaknya dipermudahkan dan dibantu suami, Raqib ketika sedang berpantang.
“Ingat lagi masa nak daftar nama Muammar dulu. I dalam pantang, Raqib je pergi daftar nama. I sediakan semua dokumen penting, masuk dlm satu file, explain satu-satu dekat Raqib sebelum dia pergi JPN. Kitorg mmg ada bincang beberapa nama dari i pregnant lagi. Tapi sebab susah nak decide, i hari-hari panggil Muammar as "anak mommy" so, I cakap dekat Raqib pilihlah nama yang dia rasa paling dekat di hati dia. Maka, termaktublah nama Muammar Rafiqi dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara Nak tahu maksud nama, tanya @raqibmajid .
“To parents-to-be, jangan lupa tau, WAJIB daftar kelahiran anak di JPN berdekatan regardless kewarganegaraan ibubapa dalam tempoh 60 hari selepas bersalin. Sijil kelahiran tu bertujuan untuk rekod simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia. Tp i personally walaupun tempoh dia 60 hari, i tak suka tunggu sampai hujung2. Lepas dah daftar tu inshaAllah mmg lega hati korg, nak bawa anak pergi checkup ke apa ke, nama anak dah daftar. Takde lah "baby of" "baby of" bergema satu klinik.
“Mcm mommy dulu lah, lega rasa bila dedi bawa balik MyKid anak, sebab kalau tak, mommy nak daftar nama "Anak Mommy bin Fahrur Raqib". Nasib baik tau.
A post shared by @ tashamanshahar on Oct 13, 2019 at 3:00am PDT
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang dan dikurniakan anak lelaki pada 21 Jun lalu.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena hari Jumaat yang penuh barakah, ibu kepada pelakon cantik Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff ada menitipkan ucapan tahniah dan rasa syukur atas pengumuman anak serta bakal menantu, Aiman Hakim Ridza yang bakal mendirikan rumah tangga Februari depan.
Terdahulu, pengumuman tersebut telah dibuat dua bintang berkenaan beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tarikh tetap belum lagi diputuskan.
“Salam Jumaat. Syukur Alhamdullilah, Semuanya dgn izin Allah. Kalau dah jodoh tu tak kemana.
“We are so happy for both of you. Perfect match! Kami sekeluarga mendoakan semoga di permudahkan segala urusan dan jodoh kalian kekal hingga ke jannah.
“Insyallah @zahirahmacwilson @aimanhakimridza love you both to bits,” tulisnya yang disertakan dengan pautan video pengumuman nikah itu.
Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth, Australia. Pendedahan mengejut itu dibuat Zahirah dan Aiman apabila masing-masing memuat naik foto indah momen tunang di Instagram masing-masing.
Sementara itu menerusi sidang media yang dibuat, pasangan ini menyatakan setakat ini majlis hanya akan diraikan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Maslinda, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon era tahun 80-an, Noorkumalasari telah berkongsi pengalaman hidup yang dilalui dirinya sepanjang bergelar sebagai seorang anak seni.
Menerusi rakaman video yang dikongsi laman media sosial YouTube, Noor akui tidak mudah untuk dirinya kembali ke dunia lakonan.
“Suruh Kak Noor berlakon balik? Allah tu tak bukalah pintu hati Kak Noor untuk berlakon dah mungkin itu satu permintaan Kak Noor.
“Dulu Kak Noor ada juga terfikir untuk berlakon tapi bila fikir balik nanti nak kena ‘make-up’ balik, kita nak sembahyang di awal waktu, nak solat lepas tu macam mana kan? Tak akan nak bagi krew tunggu kita kan? Tunggu tu seumpama kita membazir duit dia pula.
“Lepas tu kita pula sembahyang tiap-tiap waktu ke masjid tak akan nak keluar cari masjid tu pun dah makan masa jadi bila fikirkan macam tu baik tak payahlah.
“Duit dan rezeki itu datang dari Allah, kita kena yakin benda tu yang rezeki tu datang dari Allah,” katanya.
Tambahan lagi, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hati Seorang Kekasih itu berkata dia berubah kearah kebaikan kerana mahu menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah Yang Maha Esa.
“Fikirkan mati ni, cara kita mati tu macam mana walaupun kita sembahyang lima waktu belum tentu saat yang Allah nak cabut nyawa kita tu macam mana keimanan kita, itu saya paling takut,” katanya menerusi rakaman video tersebut.
Untuk rekod, Noor pernah memenangi Anugerah Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2017.
Video : YouTube Zeel Production
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!