Setiap khilaf berlaku dalam hidup kita merupakan satu pengalaman yang berharga.

Usah pandangnya dalam sisi negatif semata, sebaliknya tukar ia sebagai suatu batasan untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Itulah yang cuba dikongsi penyanyi yang juga anggota kumpulan VE, Lah Ahmad.

Sinonim dengan alunan vokal memukau, bintang ini berkongsi kisah menerusi program Famili Firdaus yang pernah disiarkan di Astro Oasis.

“Bila dah berkahwin, kita dah ada anak dan rasa tanggungjawab kita banyak sebagai seorang suami, terhadap isteri dan anak-anak. Kena fikir banyak perkara.

Ads

“Diri saya terdorong untuk berubah dan hijrah kepada yang lebih baik kerana ingin mencari jalan balik mendekati Allah.

Nak hijrah ni sebenarnya kena hijrah kerana Allah, tak boleh nak ubah benda yang dah lepas, menyesal dengan apa yang kita dah buat sebelum ini dengan segala kesalahan.

“Tapi sebenarnya benda tu yang nak bawa kita ke arah perubahan dan ke masa hadapan,” kongsinya jujur.

Ads

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah dijulang sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-22 (Ceritera Cinta duet Jaclyn Victor) ini turut berkongsi pengalaman dalam membesarkan anaknya, Adam yang disahkan sebagai kanak-kanak Autisme.

“Saya mula berubah sekitar tahun 2011 dan pada tahun itu jugalah isteri saya mengandungkan Adam, dapat kurniaan anak yang sangat-sangat istimewa.

Ads

“Dalam umur Adam 2 tahun macam tu, perkembangan dia tak sama macam kanak-kanak lain dan selepas buat pemeriksaan dengan doktor baru doktor sahkan yang Adam ni ada ‘mild autism’.

“Pada mulanya, tak dinafikan sebagai ibu bapa kita akan ada rasa untuk nafi perkara tersebut dan sedih. Namun, kami tetap akur dengan ketentuanNya.

“Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang anak yang nak baca Al-Quran, zikir, selawat dan sebagainya. Jadi dengan berkat Al-Quran ini, InsyaAllah Adam jadi anak yang soleh dan yang baik, doa-doakan,” harap Lah optimis.

https://www.youtube.com/watch?v=eTnCdqHjd40

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI