“Dikurniakan Kesihatan Yang Baik, Kefahaman Agama…,” – Setahun Sudah Bilal, Indah Doa Neelofa

Share

Anak sulung kepada selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd. Noor, Muhammad Bilal Muhammad Haris, hari ini genap menyambut ulang tahun kelahiran yang pertamanya.

Perkara itu dikongsikan Neelofa menerusi hantaran di Instagramnya.

Menurut Neelofa, dia berharap agar anaknya itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia dan akhirat

“Doa abah ummi semoga Bilal sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik, kefahaman agama, kebahagiaan serta hasanah di dunia dan akhirat.

“Love you so much my son , Happy first Birthday Bilal sayang,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, bekas pengacara program, Meletop ini turut berkongsi telatah serta momen-momen lucu anaknya itu sepanjang setahun ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang teruja selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Bilal.

“Happy birthday Bilal sayang. Anak soleh,” komen penyanyi, Wany Hasrita.

“MasyaAllah, bestnya. Happy birthday Bilal. Handsome sangat-sangat ni,” kata pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad.

“Alahai anak bertuah. Comelnya. Happy birthday Bilal handsome boy,” komen pelakon, Memey Suhaiza.

“Cepatnya. Selamat hari lahir Bilal cutie pie. Semoga didalam rahmat Allah selalu,” balas usahawan, Nina Ismail.

“Happy birthday Bilal. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati Ummie dan abah,” kata pengacara, Bella Zahir.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 900,000 jumlah tontonan di Instagram.

Sebagai info, Noor Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa

Published by
Aizam Manaf