Mira Filzah, nama yang semakin hangat meniti di bibir netizen. Malah dek nama yang sedang di puncak glamor, ada sahaja gelaran yang diberikan.
Malah setiap apa yang dilakukan bintang ini pasti akan ‘pancing’ minat ramai untuk ambil tahu.
Misalnya bila ada yang beri Mira dengan gelaran ‘Gadis Idaman Malaya’ dan dituduh sebagai ‘perampas’ gara-gara kisah pertunangan Remy Ishak putus di tengah jalan, Mira ada jawapannya sendiri.
Hanya tertawa dan tenang menghadapi soalan, Mira yang ditemui di majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 di Malaysian Petroleum Club KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu menjelaskan, gelaran ini diberi hanyalah dari perspektif masing-masing.
“Itu adalah orang luar yang memberi gelaran sebegitu. Alhamdulillah, mungkin mereka nampak saya sesuai dengan gelaran begitu.
Ads
“Sebenarnya berat untuk bawa gelaran sebab ianya memberi perspektif berbeza daripada orang ramai. Mungkin ada yang menyokong, tapi ramai juga yang mempersoalkan.
“Tapi macam saya cakap, bukan saya yang pilih, tapi disebabkan mereka gelar begitu, saya terima dengan hati terbuka.
“Sebaiknya, saya hanya jadi diri sendiri. Dan bila orang dah anggap saya begitu, saya jagalah status ini sebaiknya,” katanya kepada MH.
Ads
Tidak melatah, dia sebaliknya hanya tenang menjelaskan isu putus tunang Remy tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Malah, kedua-duanya tidak pernah berbicara soal ini kerana menganggap ini adalah isu peribadi di empunya badan.
“Secara peribadi, tiada tekanan untuk saya. Nama terkait itu bila orang mula berkata-kata, tapi setakat ini di media sosial saya masih bersih daripada kecaman.
Ads
“Tapi Remy pun sudah menjelaskan bagi pihak dia. Saya pun yang tiada kaitan ini, tak perlu takut sebab kita tahu apa yang betul kan?” jelasnya.
Bakal digandingkan bersama dalam Pujaan Hati Kanda Raya, Mira mengakui tiada apa yang perlu diperkatakan.
“Kami hanya rakan sekerja dan hanya berjumpa di lokasi atau majlis tertentu. Tiada komunikasi di luar selain itu. Jadi isu itu hanya dibiarkan berlalu begitu.
“Walaupun orang luar nampak tempias itu besar, namun saya tak terasa. Benda itu tak betul, jadi kenapa nak takut kan?” katanya sambil menjelaskan dirinya masih lagi belum berpunya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Makhkamah menetapkan 25 September depan bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh tersebut.
“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, jam 3 petang.
“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.
“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai.
Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.
Ditanya mengenai respon Syamsul mengenai prosiding lafaz cerai yang terpaksa ditangguhkan, Azmi berkata pengarah filem KL Gangster itu akur dengan keputusan mahkamah.
“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman.
Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemulut rumah tangganya.
“Syamsul tidak menghilang. Dia ada sahaja di Malaysia. Pada saya, dia nampak tenang sahaja dan tidak serabut.
“Kami ada berjumpa ketika untuk berbincang proses cerai ini. Dia stabil dan baik-baik sahaja.
Untuk info, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan hari ini merupakan detik yang amat sukar buat suaminya yang juga merupakan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selepas mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM awal pagi tadi.
Menurut Sarah, keputusan tersebut sememangnya amat berat untuk dibuat terutamanya setelah hampir dua tahun menabur bakti bersama stesen radio berkenaan.
“I tahu hari ini adalah hari yang paling berat untuk you daddy. Lama you fikir nak buat keputusan ni. Yelah dua tahun kat Hot FM and semua kat radio tu you dah anggap macam famili.
“Ingat lagi masa you bincang pasal tinggalkan Hot FM, you sangat sangat sedih sebab you really love @hotfm and sangat happy kerja kat sana,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu, Semakin ini turut memaklumkan keputusan tersebut merupakan salah satu bentuk pengorbanan yang dibuat oleh Shuib demi masa depan diri dan juga keluarganya.
“Sampaikan you pernah cakap kerja kat Hot Fm ni lain. Diorang jaga u kaw kaw, respect semua pekerja dan kerja hot yang paling you happy.
“Tapi i faham bila you cakap hidup ini kita kena berkorban bila nak buat sesuatu yang lebih besar for future,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sarah turut memberi tahu, dia akan menyokong sepenuhnya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Shuib demi kebaikkan dan masa depan keluarganya.
“I just nak cakap apapun keputusan u, I akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang.
“Sarah doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang untuk cari peluang kerja,” akhirinya.
Terdahulu difahamkan, antara sebab mengapa Shuib mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Sumber: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dengan hanya sekali lafaz, aktor tampan, Remy Ishak telah pun sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Ezza Yusof di Masjid Negara sekitar jam 1.30 petang tadi.
Memetik laporan BH Online, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah pun memudahkan urusan akad nikahnya hari ini.
“Bermulalah fasa dan perjalanan baharu sebagai suami isteri. Doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami,” ucap Remy setelah majlis pernikahan selesai.
Majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Rozman Yusof.
Bagaimanapun, difahamkan majlis ini hanya dihadiri pasangan mempelai bersama wali.
Pada majlis akad nikah yang serba ringkas ini, Ezza atau nama sebenarnya, Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Bila ditanya mengenai soal perancangan untuk memiliki cahaya mata, ini reaksi yang diberikan oleh pelakon filem, Pulang itu;
“Saya tak kisah pun kalau orang bertanya mengenai hal ini. Saya ini merupakan seorang yang sentiasa akan berfikir 10 langkah atau 10 tahun ke hadapan. Ini semua sudah dalam perancangan saya.
“Mengenai soal anak-anak tu, sejujurnya dunia ketika ini belum lagi stabil. Ekonomi juga begitu. Segalanya masih lagi belum ada kepastian.
“Kalau ada rezeki, untuk dua tahun pertama ini, kami akan relaks dahulu. Kami rasa juga kami tak perlu terlalu memikirkan mengenai soal anak-anak.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, diizinkan Tuhan, alhamdulliah kami akan terima. Tetapi untuk memiliki lebih daripada tiga orang anak dalam masa lima tahun ni, itu tidak mungkin akan berlaku,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak telah pun mengumumkan dirinya bakal berkahwin bersama wanita pilihan hati dalam satu sidang media yang berlangsung pada Jumaat.
Sumber: BH Online & @riseandwin.asia (Instagram)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!