Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menyatakan kagumnya atas anugerah yang dikurniakan kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi rancangan temubual di sebuah program televisyen.
Jelasnya, wanita yang dikenali sebagai Wani Ardi itu dilahirkan tanpa rahim namun melalui kehidupan ini dengan penuh semangat dan kesyukuran.
“WANITA Yg bersama mummy Becca ni sgt HEBAT,WANITA TerPilih Oleh Allah SWT,WANITA Yg Kuat.
“MasyaAllah bak kata nya 5000 dalam 1 !!Dan Satu tu la DIRInya….Di LahirKan Sejak Azali lagi Tanpa Rahim,WANITA Hebat Ini Kuat Dari Segi Mental Dan Fizikal nya,Murah dgn Senyuman,Dan Murah dgn berKongsi Cerita,Saya Berbangga Dgn Anak Muda Ini,Tidak Malu BerKongsi Cerita Dgn Anugerah Yg Diberi Allah SWT padanya ,Malahan Sekarang, WANITA Ini byk buat TALK Utk Memberi semangat kepada WANITA WANITA lain.
“Siapa Kenal dia taq kan nama dia kat sini please,Mummy Becca Lupa Nak tanya IG nya.
“Mummy Becca DOA kan,Anda Sentiasa Kuat,Dan Bahagia Dunia Akhirat,Nice to meet you,” tulis ibu prihatin ini.
Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia buat semua.
Foto : Instagram Rebecca Nur Al-Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI