Dimasukkan Ke Hospital, Intan Ladyana Positif Covid-19, Harris Alif Turut Jalani Kuarantin Di Rumah

Share

Pelakon Intan Ladyana dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19, semalam.

Turut positif virus itu ialah suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Harris Alif dan dia perlu menjalani kuarantin di rumah.

Memetik Harian Metro, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, Intan tidak boleh menjalani proses kuarantin di rumah kerana sedang hamil tujuh bulan.

“Alhamdulillah, semuanya okay. Intan kena pergi hospital sebab dia hamil. Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama di rumah,” katanya.

Harris pada masa sama mengharapkan doa yang baik-baik terhadap ujian yang menimpa mereka.

“Sekarang kuarantin di rumah saja. Intan tahu dia positif pun semalam. Itu yang terus dibawa ke hospital.

“Doakan kami dalam keadaan baik dan segera sembuh. Terima kasih juga atas doanya,” katanya lagi.

Intan turut memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan perjalanannya ke sebuah hospital menerusi Insta Stories.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini melangsungkan pernikahan pada 5 Februari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

Published by
MH