Isteri kepada penyanyi dan guru vokal, Fikri Mark Adam Abdullah iaitu Norazah Redzuan mengakui suaminya ada mengikuti kelas belajar bahasa Jawi dan mengaji ayat suci al-Quran sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, Mark mulai serius untuk belajar selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 awal Oktober lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Norazah yang mesra disapa Ezan yang juga merupakan pengurus Mark bersyukur dengan inisiatif yang dilakukan suami.

“Sebelum ini memang sudah lama timbul kesedaran untuknya belajar mengaji, kalau saya nak ajar pun, saya bukanlah sempurna. Sebelum ini dia ada belajar al-Quran di sebuah institusi.

“Kebetulan yang ajarnya ialah seorang Ustaz yang pada masa sama ada ambil kelas vokal bersama suami.

“Jadi alang-alang saya ada bertanya sama ada boleh atau tidak untuk ajar suami mengaji dan kebetulan dia pun pernah ajar orang di kelas mengaji. Selepas habis kelas vokal, ajar suami saya pula.

“Dimulai dengan mengenal huruf Jawi dan belajar Muqaddam terlebih dulu,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai sesi pengajian yang berjalan, Ezan memberitahu ia berlangsung selama beberapa jam, sekali seminggu.

“Beliau okay dan sejak itulah suami mulai belajar mengaji. Lazimnya, kelas akan berjalan setiap Khamis seminggu sekali.

“Awalnya, kami ada juga mencari dan bertanya mengenai guru mengaji, cuma kali lebih selesa andai guru datang ke kelas vokal dan belajar di sana.

“Lebih gemar kalau belajar secara perseorangan. Alhamdullah, ia dipermudahkan,” akuinya yang baru memulakan sesi berkenaan sejak bulan lalu.

Berkongsi mengenai video belajar huruf Jawi yang dimuat naik Mark di laman Instagramnya, Ezam pada awalnya tidak tahu ia akan dikongsikan suami.

“Saya gembira bila ramai yang mendoakan yang baik-baik. Cuma sebenarnya saya tidak tahu pun dia akan kongsikan video tersebut.

“Sebab awalnya, saya tiada pada sesi kelas tersebut, jadi saya mintanya untuk update kepada saya apa yang sedang berlaku di kelas dan dia berikan video tersebut.

“Tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk. Cuma saya bersyukur kalau ada yang angap dia boleh berikan motivasi dan mendoakan yang terbaik buat suami saya. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Sebelum ini, Mark Adam dan isterinya telah pun berangkat menunaikan umrah di tanah suci setahun ini.

Foto: Instagram Mark Adam