
Dina Nadzir dan Fuad Rahman menjadi dua bintang tersingkir dalam saingan separuh akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang bersiaran secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Dina dan Fuad masing-masing menduduki kedudukan dua tercorot iaitu 59.20 peratus dan 58.30 peratus.
Mereka berdua turut berduet menerusi lagu Boneka yang dipopularkan oleh Ernie Zakri menerusi segmen duet.
Sementara itu, persembahan konsisten Jaclyn Victor meletakkan dirinya mendapat markah paling tinggi di kalangan semua bintang bertanding iaitu sebanyak 84.35 peratus.
Shila Amzah berada di kedudukan kedua dengan 79.20 peratus diikuti Bob Yusof dengan 78.70 peratus.
Berikut markah separuh akhir kesemua bintang;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Penyanyi Nak Buat Persembahan Yang Teruk, Mesti Nak Buatkan Yang Terbaik,” – Berdebar Itu Pasti Ada, Ini Kongsi Dayang Nurfaizah

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui untuk menyanyi di atas pentas berskala besar bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertandingan nyanyian.
Jelas Dayang, setiap penyanyi yang membuat persembahan juga pastinya mahu memberikan yang terbaik dalam persembahan seumpamanya.
“Sebenarnya setiap penyanyi yang berada di atas pentas, kita patut memberikan penghormatan kepada mereka sebab berada untuk berada di atas pentas berskala besar bukan satu perkara yang mudah.
“Malah kalaulah ia persembahan yang memerlukan mereka untuk bertanding misalnya, bagi Dayang sudah mestinya rasa berdebar itu akan ada.
“Tiada penyanyi yang nak buat persembahan yang teruk, setiap penyanyi mesti nak buatkan yang terbaik. Tapi kadang-kadang bila kita gementar mungkin, macam-macam boleh jadi,” katanya kepada MH.
Penyanyi kelahiran Sarawak ini turut menasihati kepada warganet untuk tidak mudah memberikan komen negatif kepada penyanyi yang pernah membuat kesilapan di atas pentas ke menyanyi.
“Jadi bagi Dayang, kita jangan cepat menghukum atau memberikan komen negatif kepada orang lain. Kita tak tahu apa yang dia lalui dan untuk kita buat persembahan yang hebat sangat susah.
“Dayang sendiri pun setiap kali buat persembahan memang rasa wujud rasa gementar sangat dan kalau boleh tak nak buat salah satu pun. Tapi kita hanya merancang, sebab apa-apa pun boleh terjadi dekat atas pentas tu.
“Jadi Dayang harap, tidak mudah memberikan komen yang tidak sepatutnya sebab Dayang tahu setiap penyanyi itu sudah beusaha sebaik mungkin,” akhiri Dayang yang pernah beberapa kali mengungguli trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Penyanyi berusia 39 tahun ini ditemui sejurus terlibat pada malam kemuncak Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor pada malam Rabu.
Konsert tersebut turut dipancarkan secara maya di semua platform Suria.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ustazah Sekejap Ya. Saya Tengok Ramai Yang…,” – Sepupu Neelofa Meninggal Dunia

Sepupu selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Mohamed Faisal Noor Amran menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi.
Berita mendukacitakan itu dimaklumkan ibu kepada seorang cahaya mata ini menerusi status yang dikongsikan di Insta Story.
“Mohon sedekahkan al fatihah buat sepupu saya, Noor Mohamed Faisal bin Noor Amran, 25.02.1985 – 20.04.2022.
“Ya allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia,” tulis Neelofa.
Sebelum itu, para peminat terlebih dulu menitipkan doa serta ucapan takziah ketika ahli perniagaan berkenaan sedang membuat sesi ‘IG Live’ bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Muda menerusi akaun Naelofar.
“Ustazah sekejap ya. Saya tengok ramai yang komen ‘takziah’. Saya rasa… Sebab sepupu saya ditidurkan dua hari lepas.
“Sebab itu tadi semasa kita ‘live’ banyak panggilan masuk. Saya tak pasti sama ada…,” katanya sambil memohon kemaafan atas berita yang diterimanya.
Sebelum menutup sesi tersebut, Ustazah Norhafizah dalam tenang turut membacakan surah al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nyanyi Lebih 30 Lagu, Kelibat Sajat & Minta Peminat Pilih Lagu Antara 10 Corat-Coret Best Di Siti Nurhaliza On Tour Semalam!

“Sungguh mega!” Mungkin itu yang boleh diungkapkan MH selepas menonton konsert Siri Jelajah Siti Nurhaliza On Tour yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Mengalunkan 31 buah lagu dan dua lagu duet bersama Tulus, penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampak konsisten dari segi vokal dan persembahannya.
Memang awesome dan tahniah buat semua produksi yang menjayakan perjalanan Siti Nurhaliza On Tour dengan jayanya.
Apapun, ini dia corat-coret menarik sepanjang konsert yang berlangsung lebih dua jam itu!
– Anak Tok Ti, Aafiyah yang turut hadir ‘menonton’ ibunya membuat persembahan mendapat tepukan gemuruh penonton saat melalui arena. Malah, Tok Ti sempat bergurau dengan penonton dengan ayat “Aafiyah…anak ibu”.
– Menerusi segmen pembukaan, Tok Ti sengaja membuka tirai persembahan dengan lagu-lagu tradisional dalam usaha mengangkat martabat genre muzik itu. Malah, dedikasi buat Allahyarham Pak Ngah turut menarik perhatian.
– Keluarga Allahyarham Pak Ngah dan Adnan Abu Hassan turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap Tok Ti. Kedua-dua figura berkenaan memang sinonim di dalam perjalanan seni artis berkenaan.
– Tok Ti turut sempat meluahkan kesedihan terhadap peristiwa sedih yang berlaku di dalam dan luar negara, sambil sedekahkan Al-Fatihah.
– Ketika Tok Ti menyanyikan lagu Hati Kama, penonton kagum dengan replika wayang kulit yang ‘menari-nari’ di lantai arena.
– Genap 20 tahun, konsert Siti Nurhaliza On Tour dilangsungkan di veneu sama.
– Rakan artis turut hadir memberikan sokongan buat penyanyi ulung ini. Antaranya Khai Bahar, Siti Sarah serta Shuib, Dayang Nurfaizah, Anne Farina dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
– Kelibat usahawan sensasi, Sajat yang turut hadir menonton mendapat sorakan dan tepukan gemuruh audiens.
– Persalinan gaun kembang rona merah cili rekaan Fizi Woo yang dikenakan Tok Ti cukup unik kerana ia turut disulam dengan bait-bait lirik lagu di bahagian hadapan gaun.
– Sebagai kelainan, Tok Ti turut menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat semua peminatnya yang lahir pada bulan ini dan membuka peluang buat audiens memilih lagu untuk Tok Ti nyantikan secara acapella.
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI