Dina Tak Ambil Hati Komen Tegas Ramli MS; “Kita Kena Terimalah, Mereka Sebagai Guru.”

Share

Penyanyi Dina Nadzir tidak terasa atau kecil hati dengan komen yang diberikan ketua juri, Datuk Ramli MS susulan persembahannya dalam menyampaikan lagu Hijau di saingan minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi.

Menurut Dina, sebagai peserta sebuah pertandingan, dia terbuka dengan komen terutamanya daripada pihak juri profesional.

“Kita kena terimalah. Mereka sebagai guru, apa yang diperkatakan kita terima. Kalau tak terima, bila kita nak belajar,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia sedar akan nyanyian kurang menambat hati juri, Dina menyifatkan ia terjadi atas banyak sebab.

“Mungkin kerana ada perasaan gementar ketika di atas pentas, lebih-lebih lagi secara langsung. Banyak benda yang boleh jadi tak betul kalau menyanyi ‘live’.

“Mungkin waktu raptai kita hanya tumpukan kepada persembahan sahaja. Tapi bila hari kejadian itu, kita kena fikirkan juga audiens, muzik, persembahan dan sebagainya.

“Juri pula ada di depan. Malah giliran pun boleh mainkan peranan. Contohnya ketika raptai saya buat persembahan nombor dua. Tapi malam tadi, giliran saya lain pula,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

“Timbang Rasa Itu Perlu Ada Sebagai Manusia,” – Ramli MS Ulas Ketiadaan Dina Nadzir Di GV9

“Bila Saya Di Sini, Mereka Pula Yang Tiada,” – Nyanyi Lagu Arwah Siti Sarah Minggu Depan, Dina Nadzir Terkenang

Dina bagaimanapun tidak mahu menjadikan status kesihatan sebagai alasan.

“Jadi ada banyak benda kena fikir dalam masa yang sama, termasuk keadaan suara. Macam semalam (suara) okay, tiba-tiba bila malam rasa kering pula.

“Bila cakap soal nyanyian, ia suatu yang subjektif. Tapi saya tidak pernah cerita, Tok Naz (Syafinaz Selamat) yang dedahkan.

“Memang saya pernah beritahu, sebelum ini dijangkiti Covid-19, tapi tidak menjadikan hal tersebut sebagai alasan,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH