Pelakon dan pengacara, Nabila Huda akui teruja selepas diberi peluang menawarkan diri untuk memainkan peranan sebagai hantu di rumah hantu Night Of Fright, Sunway Lagoon baru-baru ini.
Menurut Nabila, dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk terlibat di dalam acara tahunan tersebut sejak menjadi pengunjung dua tahun yang lalu.
“Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini dan saya sangat teruja dapat memenuhi hajat diri sendiri.
“Saya pernah berada di sini dua tahun lalu sebagai penonton dan masa itulah saya rasa seronok tengok mereka yang bersungguh-sungguh dan kebanyakkan mereka sangat muda dan berbakat,” tulisnya.
Katanya lagi, meskipun sudah mempunyai pelbagai pengalaman melakonkan watak seram, namun, perasaan beraksi di rumah hantu sangat berbeza.
“Abil dah ada experience depan camera, atas pentas teater, tapi yang ni, belum pernah. So kita pun tanamkan lah hasrat, satu hari nanti kite nak cuba lah.
“Lepas tu last month, Abil nampak dorang tweet cakap nak buat audition, she pun dengan taktau malunya, reply tweet tu,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Munafik itu menerusi sebuah hantara yang dikongsikan di Instagram.
Tambah Nabila lagi, dia juga dapat merasai pengalaman bekerja seperti orang kebanyakkan sepanjang menyertai acara tersebut.
“Then dari situ, saya terus volunteer myself untuk kerja dan dalam masa yang sama, Abil just nak experience, nak kerja macam orang biasa. Nak tengok cara dorang training dan semualah. At the same time, saya pun dapat ilmu baru.
“Dorang tak offer Abil tapi abil yang offer diri sendiri. Boleh eh gitu? When it comes to Nabila Huda, nothing impossible,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi entri yang sama, Nabil turut berkongsi video sewaktu menjalani latihan di rumah hantu tersebut.
Bagaimanapun, disebabkan tuntutan kerja, Nabila difahamkan hanya berkesempatan untuk menyertai acara tersebut selama sehari sahaja.
Sumber & Kredit: Instagram Nabila Huda