Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretanya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.
“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.
“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.
Ads
“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik.
“Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat.
Ads
“Semoga Allah luaskan lagi rezeki Ajak sekuarga. InshaaAllah. Terbaik Ajak.
“Terima kasih brother. Semoga terus dimurahkan rezeki.
“Sampai tua dia akan ingat jumpa artis kat simpang tau.
“Touching. Thank you ajak sebab bagi kanak-kanak rasa nikmat jumpa orang yang selalu kita tengok dalam tv je.
Ads
“Berkongsi rezeki dan mengembirakan orang disekelilig. Pasti Allah gandakan rezeki awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, bakat ajak sebagai pelawak mula dicungkil ketika dia menyertai program, Raja Lawak musim ke-6 bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai pasangan pelawak, Shahrol Shiro.
Bersama kumpulan Shiro, Ajak juga pernah menjuarai program lawak popular, Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.
Ketika ini, ajak merupakan seorang penyampai di stesen radio Suria FM yang mengendalikan segmen, Team Pagi Suria bersama rakan penyampai Fizi Ali dan Suraya Borhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim mengakui dirinya berasa amat sedih kerana sehingga kini dia sekeluarga masih lagi belum dibenarkan untuk bertemu dengan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan akibat dijangkini virus Covid-19.
Menurut Rozita, antara yang turut sama menzahirkan rasa sedih termasuklah anaknya yang juga merupakan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.
Katanya lagi, selepas berjumpa dengan doktor pakar, Aliff merupakan individu yang paling sedih lebih-lebih lagi selepas mengetahui mengenai perkembangan terkini melibatkan tahap kesihatan nenek kesayangannya itu.
“Datang jauh-jauh berkumpul di hotel kuala pilah dekat 40 orang anak dan cucu, tapi begitulahkan zaman Covid-19 tak dapat masuk pun. Merayu kami nak tengok nenek yang ditidurkan
“Kesian Kri @aliffsyukriterlajaklaris lepas jumpa doktor pakar tadi, bertalu-talu dia tanya ‘nenek saya ada harapan tak?’
‘Ada tak ubat yang boleh sembuhkan bangunkan nenek saya’,” tulisnya.
Khabar duka itu dikongsikan oleh Rozita menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Rozita turut memaklumkan perkhabaran ini sememangnya agak sukar terima oleh Aliff memandang dia merupakan antara cucu kesayangan ibunya itu.
“Cucu KESAYANGAN penghibur nenek datang dengan air mata. Indah dan ikhlasnya Kri. Payah cari cucu sebaik Kri. Sedegil-degil Kri dia lah sangat menjaga neneknya dari duit dan perhatian.
“Susah dia nak menerima kenyataan hakikat keadaan neneknya begitu. Saya tak tahu nak tulis kapsyen apa.
“Selamat senja yang merah doakanlah mak saya Aminah Satar untuk bangun kembali,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Rozita turut memohon jasa baik orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar ibunya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Awal pagi tadi, Pengasas Jamu Ratu Malaya ini memaklumkan ibunya kini berada dalam keadaan yang kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas tahap oksigen menurun ke paras 70 peratus manakala paru-parunya pula dipenuhi air.
Atas nasihat daripada pihak, ibunya itu tidak dibenarkan untuk dipindahkan ke hospital swasta diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Setelah mengasilkan hampir 15 buah lagu OST filem sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, penyanyi, Daqmie mengakui dia lebih selesa dikenali kerana karyanya berbanding dirinya sendiri.
Menurutnya, situasi ini membolehkan dia menjadi dirinya sendiri tanpa perlu memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya.
“Saya lagi suka begini. Jujur saya katakan. Sampai sekarang saya dua minggu sekali pergi pasar beli ikan tapi takda orang kenal. Happy beb.
“Mungkin ada yang kenal tapi segan nak tegur. Kalau orang kenal pun alhamdulillah. Saya lebih selesa begini. Jadi saya tidak perlu terlalu control bila di luar.
“Kita pakai selipar jepun di luar pun orang tak kisah. Saya juga rimas kalau nak pakai cantik setiap masa,” katanya kepada MH.
Daqmie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih yang berlansung di Pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.
Akui peminat juga memainkan peranan, Daqmie menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kejayanya sahaja.
“Tapi bila soal kerja saya ingin orang mengenali saya. Maksudnya dengan orang-orang yang berpengaruh di dalam industri kita harus juga dikenali.
“Bukan niat saya menidakkan peminat, bagi saya peminat juga penting tapi saya tidak mahu terlalu ekstrim sangat.
“Biar orang kenal lagu, kita buat kerja dan kita dapat duit untuk sara anak bini itu sudah memadai,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Daqmie turut memuji pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang dikatakan tidak pernah berubah sejak pertama kali berkerjasama menerusi filem 7 Petala Cinta.
Penyanyi Ayu Damit, 33, berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah menyifatkan keberangkatannya ke sana sebagai suatu rezeki besar dari Yang Maha Esa.
Menurut Ayu, meski sebelum ini dia pernah tunai umrah buat pertama kali pada 2016 lalu, namun peluang kali ini lebih bermakna, ketika dunia masih berdepan cabaran pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah syukur. Saya sekali lagi dijemput Allah SWT untuk tunai umrah bersama mereka yang rapat dengan saya meski suami tidak ikut sama. Saya anggap ini rezeki setelah beberapa kali hajat ke sana tertunda akibat pandemik Covid-19.
“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali umrah terpaksa ditunda. Apabila diberitahu pihak agensi Mahsuri Travel sudah dapat tarikh tetap menunaikan umrah, saya sangat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan COVID-19, syukur sangat saya negatif. Inilah dinamakan rezeki. Saya memang dah lama pasang niat. Tak mungkin nak tolak,” katanya.
Ayu berangkat ke Mekah malam ini dan dijangka menunaikan umrah selama 10 hari bermula 21 Februari.
Penyanyi lagu Permata dan Hanya Di Mercu ini turut menjelaskan, dia sepatutnya menjayakan beberapa persembahan yang telah dipersetujui awal.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat tawaran lain selepas itu.
“Sepatutnya saya ada persembahan di Putrajaya dan Shah Alam, tapi saya saya mendapat persetujuan pihak penganjur untuk menunaikan umrah. Tak sangka pula, selepas batalkan show tersebut, tiba-tiba ada tawaran persembahan juga selepas balik umrah.
“Inilah namanya rezeki, aturanNya itu sudah sedia cantik dan inilah peluang untuk saya tumpu pasa ibadah dan pastinya saya mahu mendoakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!